Followers

Tuesday 16 July 2013

Laaa Tak Makan Saman Rupanya ?!!


PRK Kuala Besut yang semakin rancak dengan kempen daripada parti politik yang bertanding di gemparkan dengan satu lagi berita tentang calon PAS yang dah bikin banyak ribut di Kuala Besut.

Jika sebelum ini isu akan menggajikan wakil kepada wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat menjadi isu panas sampaikan PAS sendiri terpaksa membuat satu tindakan paling drastik dengan melantik serta - merta pegawai media kepada calon bertanding bagi tujuan mengelakkan kenyataan calon di putar belitkan kononnya oleh media pro UMNO dan BN.

Ada orang bagitau MMI , kalau jadi calon kemudian sampai tahap nak bercakap pun kena orang lain uruskan macam mana nak jadi wakil rakyat ?? Aduhai...

Sebenarnya MMI ada bukti yang menjelaskan kepada kita mengapa calon PAS akan sibuk selepas ini sekiranya menang di Kuala Besut malah tindakan beliau yang akan selalu berada di luar kawasan juga sebenarnya ada alasan tersendiri.

Untuk makluman calon PAS ini perlu ke sana ke mari kerana perlu memberikan tumpuan kepada usahanya selepas ini untuk menjelaskan 54 saman trafik yang belum di jelaskan oleh beliau dan ada antaranya sejak 14 tahun dahulu..Wow !!!!


Alo braders & sisters yang ada di Kuala Besut , ambil perhatian kalau calon PAS ni dah ada rekod sebanyak 54 saman dan ada diantaranya sejak 14 tahun dahulu maka ianya bererti manusia jenis ini tidak bertanggungjawab.

Sejak 14 tahun dahulu pun tidak mampu di selesaikan oleh beliau macam mana pula agaknya dengan janji kepada rakyat dan masyarakat di Kuala Besut ?

Pikir-pikir tengoklah bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels