Tindakan DAP menggunakan replika burung gergasi di Pulau Pinang yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya sebagai daya tarikan pelancongan baharu ke negeri itu dilihat sebagai syok sendiri bagi mempromosikan partinya.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dakwaan penggunaan replika burung itu bagi menarik pelancong ke negeri terbabit merupakan alasan semata-mata dan mempunyai agenda politik tertentu.
Secara umum, replika itu sendiri melambangkan parti DAP dan mempunyai unsur politik. Jadi dengan menggunakan replika itu, Guan Eng sebenarnya memberi publisiti kepada partinya itu, bukan mahu meningkatkan industri pelancongan.
Malah, kita boleh menilai DAP selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), pemimpin parti itu tidak berputus asa untuk memberi publisiti ke atas parti mereka, antaranya menganjurkan perhimpunan haram dan kini melancarkan replika burung gergasi dengan niat mahu mempromosikan parti mereka," katanya.
Tiong Lai mengulas penggunaan replika burung gergasi di Dermaga IJM, Promenade Pulau Pinang mulai 13 Julai sehingga 31 Ogos ini.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menyelar kerajaan negeri itu bersikap hipokrit apabila mendakwa pelancaran replika burung gergasi di perairan negeri itu bertujuan sebagai daya tarikan pelancongan baharu.
Katanya, tindakan DAP mengapungkan replika setinggi kira-kira tujuh meter berkenaan bukan bertujuan menarik pelancong, sebaliknya dilakukan atas kepentingan politik iaitu mahu mempromosikan parti mereka.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kos pelaksanaan replika itu membazirkan wang, Tiong Lai sebaliknya memberitahu perbelanjaan yang digunakan itu ternyata bagi tujuan mempromosi partinya.
Walaupun projek itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri tetapi ternyata kos yang digunakan itu dengan tujuan publisiti parti sahaja bukan untuk tarikan pelancong," katanya.utusan
Apa yang boleh MMI katakan ianya bukan sekadar mempromosikan parti tetapi sudah sampai ke tahap gila meroyan pemimpin DAP dengan kuasa yang mereka miliki hari ini.Kegilaan itu berterusan sampaikan nilai RM60 ribu sudah tidak lagi memberikan apa-apa erti kepada mereka.
Mungkin selepas ini nilai yang sama akan digunakan bagi menghasilkan replika bulan yang akan di naikkan di atas KOMTAR bagi menarik kehadiran pelancong !!!
Baca juga di SINI
MMI
Sdra MM...Takkan tak nampak jenis burung apa tuu? Takkan tak tahu mengapa DAP juga kini beriya2 memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah' bagi penganut Kristian?
ReplyDeleteKedua2 di atas menunjukkan betapa jauhnya pandangan pemimpin2 DAP didalam perjuangan dan strategi politik mereka. Ini merupakan cara2 halus untuk merapatkan parti itu kepada rakyat negeri Sarawak yg akan datang. Percayalah gerakkerja kearah PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK sudah bermula dan yg masih belum membaca percatuan ini adalah............(satu tekaan saja, OK?)
Cina gila,memang pun niat mereka hendak ambil sarawak,kalau boleh nak semua maklum sajalah ada hati nak jadi PM Cina yang pertama.
ReplyDelete