Followers

Wednesday 10 July 2013

Mengenali SHARIFAH KASIF


Mungkin ada di kalangan kita yang tidak mengenali siapa itu Sharifah Kasif dan kerana itu MMI catatkan sedikit cerita tentang wanita cantik ini supaya rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang singgah di blog MMI dapat sama-sama mengenali siapa Sharifah yang MMI maksudkan.

Sebelum itu suka untuk di nyatakan yang MMI amat meminati wanita ini bukan sahaja kerana gayanya tetapi juga lantunan suaranya yang cukup merdu.

Seronok mata memandangnya. Sentiasa tersenyum, sisipan lesung pipit di pipi begitu menarik perhatian. Malah khabarnya wanita berasal dari Ipoh ini juga mempunyai ramai peminat lelaki !


Manakan tidak, penampilan dan kebijaksanaannya membuang kelaziman pandangan orang ramai terhadap seorang qariah kebangsaan.

Bibir yang tidak pernah dibiar pucat, pilihan pakaian yang berwarna ceria dan petah menjawab soalan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman, 31, memiliki banyak kelebihan.

Anak kedua daripada 3 beradik ini pemegang Sarjana Muda Kewangan dan Sarjana Psychology dan merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2008 dan 2009 serta Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009.

Nampak tu Sharifah Kasif bukan calang-calang wanita dan beliau bukan sahaja mampu menyampaikan bacaan Al-Quran dengan baik tetapi turut memiliki aura tersendiri.

Nak tau apa dia aura yang di maksudkan tengok video kat bawah ..





Terbaikkan ?? Selamat Berpuasa Semua ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels