Followers

Wednesday 10 July 2013

Tentera SIBER Do We Need Them ??


Kerajaan disaran mewujudkan pasukan tentera siber yang berperanan menjawab tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) yang disiarkan blog propembangkang melalui media sosial Internet di Malaysia.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, keperluan itu amat mendesak hari ini memandangkan trend generasi muda yang lebih cenderung mengikuti perkembangan politik negara melalui Internet.

Menurutnya, dalam kajian yang dilakukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapati, bilangan belia yang mendapatkan maklumat politik daripada akhbar arus perdana terlalu sedikit berbanding laman media sosial.

“Lebih membimbangkan ialah apabila mereka berpandangan apa yang ditulis blogger terutama dalam blog propembangkang itu sahih dan boleh diterima bulat-bulat tanpa perlu membuat analisis dan ketiadaan pihak ketiga yang cuba menjelaskan fakta sebenar memburukkan lagi keadaan.

“Jadi bermula daripada sekarang, kerajaan perlu mewujudkan tentera siber yang berfungsi 100 peratus sepanjang masa untuk menjawab segala tohmahan dengan fakta yang dapat mengubah tanggapan belia terhadap kerajaan sedia ada,” katanya.

Dr Mohd Fuad yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM berkata demikian selepas membentangkan hasil kajian pada Seminar Antarabangsa Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13): Analisis dan Implikasinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, semalam.agendadaily 

Dalam beberapa perkara MMI amat menyokong gesaan daripada banyak pihak untuk mewujudkan pasukan ini.Letaklah nama apa pun asalkan fungsinya tetap sama iaitu memastikan setiap dakyah dan tohmahan dari pembangkang dapat di patahkan.

Cuma MMI agak pelik sedikit kenapa agaknya UMNO mahupun kerajaan begitu lambat sekali untuk bertindak bagi menyelesaikan perkara ini ?

Jika melihat kepada pergerakan pembangkang rasanya sekali lagi UMNO dan kerajaan sudah jauh di tinggalkan , kewujudan RBA yang kemudiannya ejen impian sudah cukup untuk membuktikan betapa pembangkang bersungguh-sungguh untuk menguasai saluran ini.Baca Sini 

Kenapa agaknya ? Kerana mereka tahu saluran ini mampu menyumbang sesuatu !!

Percaya atau tidak fungsi Cybertroopers sama penting dengan jemaah menteri ? Klik Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels