Followers

Sunday, 21 July 2013

NADA Mereka Semakin Sama Dengan PEMBANGKANG !!!


MMI tak pasti apa yang sedang di lakukan oleh parti komponen Barisan Nasional khususnya parti yang melibatkan kaum cina seperti MCA,Gerakan dan SUPP.Berdasarkan perangkaan selepas keputusan PRU13 baru-baru ini jelas sekali parti komponen yang merujuk kepada kaum cina seperti MCA dan Gerakan masih di takuk lama malah jika di kira lebih teruk daripada keputusan PRU`12.

Apa yang di harapkan adalah rakan-rakan komponen ini bermuhasabah diri dalam mendepani cabaran politik masa kini dan akan datang terutamanya untuk mendapatkan sokongan kaum cina yang kini di lihat memihak kepada DAP salah satu parti paling rasis dalam negara.

Soalnya mengapa kaum cina memilih DAP dan tidak lagi MCA dan Gerakan ? Persoalan yang rasanya agak sukar untuk di jawab secara tepat namun berdasarkan pemerhatian MMI ianya lebih kepada sikap MCA dan Gerakan sendiri yang lebih banyak tidur dari bekerja sejak 2008 yang lalu.

Untuk dapatkan padi yang terbaik kita harus bekerja dan menjaganya sejak benih si semai.Mana mungkin kita mampu makan hasil sekiranya padi yang nak di tuai itu tidak di jaga sejak di semai ! hayati ayat-ayat ini MMI yakin anda akan faham maksud banyak tidur dari bekerja.

Namun itulah hakikat yang rata-rata jentera UMNO perlu terima apabila keputusan PRU13 di umumkan.

Terkini mereka bersuara lagi dan suara kali ini agak berbeza dengan apa yang telah di persetujui dalam kontrak sosial sejak negara mencapai kemerdekaan.

Apakah gandingan komponen dalam Barisan Nasional kini di lihat sudah tidak relevan dengan parti berteraskan bangsa dan kaum bersatu dalam satu barisan seperti Barisan Nasional ?

Sepanjang pemerhatian MMI suara kali ini hampir sama dengan apa yang di perjuangkan oleh pembangkang dan ianya perlu di lihat dan didepani dengan penuh disiplin oleh UMNO kerana langkah yang bakal di ambil itu bakal menentukan sejauh mana relevannya UMNO menerajui negara Malaysia.

"Selepas pilihan raya, masalah datang dan datang, jadi kita perlu melihat kepada beberapa cadangan bagi menyelesaikan isu ini (parti satu bangsa yang tidak relevan lagi).

Datuk Chang Ko Youn (gambar) berkata "Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, saya pasti beliau ialah seorang yang terbuka dan menerima idea yang bernas dan segar.Sebab itu juga beliau menerima idea untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU13 meskipun idea tersebut datang daripada pembangkang," katanya kepada pemberita.

"Kita biarkan dulu ada pemilihan parti dan baru kita bincangkan penggabungan pati ini menjadi satu entiti untuk dilaksanakan.

"Jika kita laksanakan sekarang, jika terdapat penukaran pemimpin tertinggi, kemudian soalan baru ditanya kepada pemimpin yang terpilih, biarlah selesaikan dulu semua pemilihan parti, selesaikan dulu pemilihan Gerakan, MCA dan SUPP kemudian kita buat keputusan untuk gabungan menjadi satu parti dan inilah dibincangkan secara tidak rasmi di kalangan pemimpin komponen parti BN," katanya.

Untuk rekod, pada PRU13 lalu, MCA dan Gerakan ditolak secara besar-besaran oleh masyarakat Cina selepas kalah teruk kepada calon DAP di majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi mereka.

Perkara itu dibuktikan selepas calon DAP terutama di Pulau Pinang mendapat majoriti kemenangan yang cukup besar ke atas calon MCA dan Gerakan.

Keputusan sama dapat disaksikan di negeri-negeri lain sekali gus menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi masyarakat Cina terhadap DAP.

Dalam masa sama, keputusan itu turut menunjukkan masyarakat Cina terpengaruh dengan politik perkauman yang diperjuangkan DAP selama ini.

Justeru, usaha penggabungan rakan komponen parti (MCA-Gerakan dan SUPP-BN) ini adalah satu-satunya cara bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti yang didominasi kaum Cina.

Sekiranya usaha menggabungkan parti itu berjaya maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12 sahaja dan ini akan memudahkan lagi mentadbir BN pada masa akan datang.Baca Selanjutnya  

Persoalan yang bermain di fikiran MMI , apakah penggabungan parti-parti tersebut mampu memulihkan reputasi mereka dalam menghadapi PRU14 nanti ? 

Mana lebih penting gerak kerja atau tindakan bergabung dengan memulakan semula perjuangan yang semakin kelam ???? 

Mungkin anda ada pandangan tersendiri ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels