Followers

Sunday, 21 July 2013

MIC Komited Kata P KAMALANATHAN


Pertamanya MMI boleh katakan apa yang di ungkapkan oleh pemimpin muda dari MIC ini boleh di percayai.Kepercayaan itu timbul kerana P Kamalanathan bukanlah seorang pemimpin yang hanya petah berkata-kata di pentas tetapi mempunyai jiwa dan semangat yang cukup tinggi sebagai penyokong dan penggerak Barisan Nasional.

Tidak seperti kebanyakkan pemimpin dalam parti komponen lainnya yang hanya di lihat banyak bercakap tetapi dalam soal gerak kerja dan pelaksanaan HAMPEH !!

Wakil MIC dalam Kabinet akan bertindak sebagai 'perantara' agar kepercayaan dan keyakinan rakyat berketurunan India kembali kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas gagal menyerlah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dua bulan lalu, kata ketua penerangannya P Kamalanathan.

Kata Kamalanathan, parti itu tidak mengikut langkah MCA menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran kekalahan teruk pada PRU13 kerana ia menjejaskan peluang untuk menebus kegagalan itu.

"MIC tidak begitu, MIC telah menerima jawatan itu dan yang tidak menerima jawatan parti MCA. Saya tidak boleh komen sebab itu parti komponen yang lain, jadi tidak begitu molek untuk kita memberi komen atas itu parti lain.

"Itu keputusan mereka, kita harus menghormati keputusan tersebut kerana kita nak mencari peluang dan ruang untuk membantu rakyat," kata wakil rakyat di Parlimen Hulu Selangor ini mengulas pendirian dibuat MCA itu.

Pada PRU13, MIC 'terselamat' daripada persaingan sengit apabila berjaya bertapak di empat kerusi Parlimen (daripada sembilan kerusi) dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 18 kawasan yang ditandingi.

Ekoran kejayaan itu empat wakil MIC diserap dalam Kabinet diketuai presiden parti Datuk Seri G Palanivel yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan. 

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Kamalanathan yang juga Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II. 

Bagaimanapun MCA pimpinan Datuk Seri Dr Chau Soi Lek memenangi tujuh daripada 39 kerusi Parimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang tandingi, menyaksikan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet sekiranya parti itu mencapai kurang daripada 15 kerusi Parlimen seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum 2008 lima tahun lalu.

Melalui platform dalam Kabinet, menurut Kamalanathan, perkhidmatan kepada rakyat akan menjadi aspek terpenting dalam mengembalikan sokongan masyarakat India yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat terutamanya generasi muda.

"Kita akan menambahbaik mutu perkhidmatan, kita ada empat ahli Parlimen (dua menteri dan dua timbalan menteri) di dalam kementerian dan masing-masing akan menggunakan saluran kementerian ini menambahbaik masa depan bukan sahaja rakyat berketurunan India tetapi rakyat secara keseluruhanya.

"Kita akan menambahbaik kehidupan mereka dengan memberikan bantuan sewajarnya dan kita akan terus menyalurkan bantuan sedia ada yang telah diilhamkan kerajaan BN sampai kepada akar umbi.

"Hubungan kita dengan akar umbi akan dibaiki kerana rakyat memerlukan peluang interaksi dengan wakil rakyat," katanya.

Jelas beliau, proses penambahbaikan itu akan memberi penekanan terhadap mutu dan kualiti disifatkan dapat mengembalikan kepercayaan tersebut.

"Kita telah pun memulakan proses untuk menambahbaik perkhidmatan kita kerana perkhidmatan sahaja akan membawa kepercayaan itu kembali kepada MIC.

"Hanya melalui perkhidmatan yang ikhlas, itu yang kita akan beri keutamaan," katanya lagi.

Dalam pertemuan itu juga, Kamalanathan yang membuat kejutan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berkata parti itu telah mengenalpasti faktor kegagalannya pada PRU13.

"Kita sudah kenalpasti sebab-sebab mengapa kita gagal dan kita juga telah mengambil maklumat apa yang harus kita lakukan untuk perbaiki dan mengembalikan semula kawasan-kawasan yang kita gagal.

"Antara sebab kita tidak begitu cemerlang ialah perkhidmatan kita yang perlu ditambahbaik, kita juga harus kenalpasti calon yang berwibawa lebih awal agar mereka dapat turun padang lebih awal untuk memulakan perkhidmatan," katanya.

Justeru beliau berkata MIC akan mengenalpasti kaedah terbaik selain menetapkan garis panduan perkhidmatan untuk jentera dan pemimpin parti.

"Cawangan MIC akan diperkasakan lagi selain diberikan bantuan yang sewajarnya untuk mendekati rakyat di mana mereka akan diberikan kursus kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

"...kerana ada isu-isu ini kita harus ada satu garis panduan dan juga satu sistem yang akan membantu mereka (ahli parti) memberi perkhidmatan yang baik," katanya.antarapos 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels