Followers

Wednesday 17 July 2013

PANAZZ OKT Warga Emas LOLOS Dari Mahkamah !!


Polis melancarkan Ops Kesan bagi memburu seorang lelaki warga emas yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret petang semalam.

Suspek, Abdul Rashid Abdul Rahman , 61, yang direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 bertindak meloloskan diri ketika proses membebaskan dan sambung reman tahanan dijalankan di sebuah sel di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ketika proses membebaskan seorang tahanan, suspek mengaku dia individu yang dimaksudkan oleh majistret dan bertindak meloloskan diri selepas gari di tangannya dibuka.

Menurutnya, tahanan yang sepatutnya dibebaskan ketika itu dikatakan tidur menyebabkan suspek berkenaan mengambil kesempatan dengan mengangkat tangan ketika majistret memanggil nama tahanan berkenaan.

"Suspek bukan meloloskan diri ketika diiringi ke mahkamah seperti mana yang digembar gemburkan sebaliknya dia terlepas akibat masalah teknikal yang berlaku.

"Kita telah berhubung dengan ahli keluarga suspek dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya suspek pulang ke rumahnya di Gelugor.

"Kami yakin suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE

Aduhai dalam mahkamah pun boleh silap lagi ? Ish ish rasanya lepas ni fokus sikit lah sebab pasti puak pembangkang cukup suka isu macam ni ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels