Followers

Monday, 1 July 2013

PANAZZZ PROMOSI Body To Body ( B2B ) Di WeChat !!


Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi 'Look Around' yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi. 


Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis yang di tawarkan.kredit 

Hohoho inilah kehebatan teknologi ianya boleh menjadikan kita ke kiri , kanan , atas dan bawah dalam sekelip mata.MMI tak nafi teknologi itu perlu namun manusia harus bijak memilih jangan sampai jadi mangsa kepada teknologi itu sendiri.

Selamat berWeChat !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels