Followers

Tuesday, 30 July 2013

PERKASA Tubuh MIRAC , Perjuangan Atau Politik ??


Untuk makluman semua MMI sebelum ini pernah di hubungi oleh seseorang dan di tawarkan untuk menjadi ahli kepada pertubuhan PERKASA.Namun setelah meneliti dengan sedalam-dalamnya maka MMI membuat keputusan untuk TIDAK menerima pelawaan tersebut memandangkan pada ketika itu berlumba-lumba orang Melayu mengisi borang nak perjuangkan hak Melayu dan agama Islam.

Keputusan yang MMI buat itu tidak ada kena mengena langsung dengan perjuangan PERKASA cumanya dari pemerhatian peribadi MMI lebih melihat kepada soal prinsip dan ketelusan dalam apa yang banyak pihak sebut sebagai perjuangan.

Maaf sekiranya kenyataan seterusnya mengguris hati mana-mana ahli PERKASA kerana selama ini apa yang MMI lihat kebanyakkan ahli PERKASA adalah mereka-mereka yang di terima tanpa tapisan ataupun pemantauan.

Secara jujur sesetengah mereka di kawasan-kawasan tertentu terdiri daripada mereka yang menjadi ahli kepada pertubuhan politik yang tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan , malah ada di antaranya menggunakan platform PERKASA untuk menaikkan calon-calon tertentu melalui program-program yang di susun dengan harapan rakyat serta masyarakat mengenali mereka seterusnya mampu di angkat dalam parti politik.

Perkara-perkara sebeginilah yang merencatkan MMI untuk memilih PERKASA sebagai salah satu pentas untuk terus berjuang bagi membela hak orang Melayu dan agama Islam.

Tak di nafikan gerakan PERKASA ada ketikanya mampu mengecutkan TELOR puak-puak cauvinis lagi rasis pembangkang maka MMI biarkan dengan harapan pihak-pihak yang berhati busuk untuk menjahanamkan Melayu berfikir dua kali sebelum melakukan satu-satu tindakan.

Oleh yang demikian maka bergemalah di seluruh negara nama PERKASA dengan program-program yang disusun sehinggakan ianya menjadi penghalang kepada cita-cita puak cauvinis untuk terus menekan orang-orang Melayu.

Namun sejak Ibrahim Ali mengumumkan penubuhan Majlis NGO antara Kaum atau Mirac yang dikatakan sebagai tanda keterbukaan PERKASA dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam , segalanya terus berubah.

Entah apa yang difikirkan oleh pemimpin PERKASA sehinggakan tertubuhnya majlis NGO tersebut.

Senang cita kenapa prinsip dan perjuangan PERKASA di lacurkan semata-mata kerana mahu melihat insiden cacian , makian , hinaan malah apa lagi an an an yang ada di tamatkan dengan cara menubuhkan majlis NGO sedemikian ?

Terfikir sejenak selama ini malah sejak dulu Persatuan Dong Zong iaitu persatuan elit orang-orang Cina di Malaysia sering kali menimbulkan pelbagai isu khususnya berkaitan dengan hak orang-orang Cina sehinggakan ada ketikanya banyak pihak menunjukkan rasa kurang senang mereka dengan tindakan persatuan paling rasis ini.

Malah tekanan juga turut di berikan kepada persatuan ini melalui suara-suara NGO-NGO Melayu termasuk PERKASA.

Namun semenjak dulu walaupun ada tekanan-tekanan hebat yang perlu persatuan ini harungi selain dari mereka juga turut memberikan tekanan kepada kerajaan khususnya dalam soal hak pendidikan orang Cina , Dong Zong tidak pernah malah langsung tidak wujud dalam diari mereka untuk membuka ruang kepada mana-mana pihak lain untuk duduk bersama sebagai satu pasukan.

Tetapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada PERKASA menjadi pelopor kepada sikap keterbukaan dengan penubuhan majlis NGO antara kaum ?

Alo brader sebelum ni punya prinsip macam mana ? 

Percaya atau tidak tindakan yang dilakukan oleh PERKASA itu sama dengan apa yang berlaku dalam Barisan Nasional apabila parti pelbagai kaum berhimpun dalam satu pasukan.

Apa Barisan Nasional bukan platform untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak kaum-kaum di Malaysia berlandaskan perlembagaan negara ?

Apa yang MMI nampak tindakan PERKASA tidak lebih daripada usaha untuk berpolitik malah jika di bandingkan PERKASA dengan Dong Zong rasanya Dong Zong jauh PERKASA dari PERKASA.

Memetik kenyataan daripada sahabat blog MPP Online ... Apa kata Perkasa tukar jadi PERKASAM..? Nak lebih tranformasi.., tambah je 1Malaysia kat belakang tu.. PERKASAM 1 Malaysia.. Wohaaa.. Najib tentu sukaaa!! Hahahahaha..Baca Selanjutnya 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels