Followers

Friday 12 July 2013

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Celarunya PAS Dalam Pakatan Haprak


Perbahasan atau perbincangan atau mungkin juga boleh dipanggil ‘pertengkaran’,jika melihat dari cara Karpal Singh berhujah mengenai isu penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur masih lagi hangat walaupun kerajaan telah menarik balik 3 Rang Undang-undang berkaitan bagi membolehkan ianya diperkemaskan untuk memuaskan hati semua pihak. 

Rang undang-undang yang ditarik balik ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013,Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Apa yang menarik ialah PAS tidak lagi mengambil sikap pasif sepertimana sebelum ini dalam berhadapan dengan isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.Contohnya dalam isu murtad,PAS jelas mengelak untuk memanjangkan atau membesarkannya demi menjaga hati DAP tetapi kali ini parti itu bersuara lantang menentang sekutu mereka itu. 

Malah,Nik Abduh,Datuk Takiyuddin dan Nasharuddin Mat Isa senada menempelak Karpal yang masih tidak berpuas hati dengan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nasharuddin sebagai berkata, “Dalam hal yang berkaitan dengan Perlembagaan, perkara itu sudah cukup jelas.Kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah sesuatu yang telah disepakati pakatan pembangkang dan sekiranya sikap anti terhadap kedudukan itu berterusan ditunjukkan Karpal, maka tindakan sepatutnya perlu diambil terhadap beliau.” 

Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan Nik Abduh yang turut menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Nampaknya PAS bukan sahaja tidak lagi berlembut terhadap DAP tetapi turut mengiktiraf perlembagaan negara yang sebelum ini dituduh sebagai kafir dan sekular kerana diwarisi dari penjajah.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perlembagaan negara merupakan tonggak penolakan PAS terhadap UMNO. 

Dalam kata lain perlembagaan itulah yang menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini atas alasan ‘tidak Islam’.Sekian lama,‘perlembagaan’ dijadikan asas oleh orang-orang PAS untuk mengkafirkan sesama Islam termasuk sanak saudara malah ibubapa dan isteri sendiri.


Kejadian berdarah Memali juga adalah bertitik tolak dari perlembagaan yang difatwakan sebagai kafir mengikut Amanat Haji Hadi.Namun,hari ini perlembagaan yang sama telah dijulang PAS untuk mempertahankan Islam.Sekali gus,PAS terpaksa akur bahawa UMNO tidak pernah menolak Islam malah UMNOlah yang memastikan Islam berada di kedudukan tertinggi dan kukuh di dalam negara ini.

Sebaliknya,persahabatan PAS dengan DAP yang membuka ruang kepada DAP untuk mempersoal dan mencabar kedudukan tersebut, di mana akhirnya PAS terpaksa kembali kepada perlembagaan yang digaris UMNO untuk mempertahankan Islam.

Artikel ini bukan berniat untuk mengungkit kejahilan PAS tetapi sekadar ingin mengajak PAS membuka mata dan belajar berfikir sebelum berkata-kata.Jangan nanti,bila tiba musim pilihanraya PAS akan kembali memainkan isu ‘perlembagaan kafir’ sebagai modal berkempen.Dan jangan nanti PAS kembali bersuara senada dengan DAP bagi membuktikan ‘keterbukaan’ dan ‘toleransi’ semata-mata untuk meraih undi.Berpolitik pun biarlah berpada-pada.

Apapun,kita tunggu sahaja Pilihanraya Kecil Besut untuk melihat sama ada isu perlembagaan kafir dan UMNO menolak Islam akan dimainkan semula.Jika ya,maka sahlah bahawa PAS dan DAP sememangnya ditakdirkan bersama.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels