Followers

Friday, 12 July 2013

PRK Kuala Besut ~ Rupanya Bekas Pengkianat Parti Jadi Calon PAS ?!!


Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya tak nak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.antarapos 

Ada ayat menarik di keluarkan oleh Idris Jusoh "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya tak nak lebih lah, bulan puasa." Hmmm ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels