Followers

Tuesday, 9 July 2013

RBA ~ The ARMY'S GROWING @tunfaisal @NajibRazak

Gambar Hiasan
Pada ketika banyak pihak kini sedang bersedia untuk menghadapi PRK Kuala Besut rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu terus konsisten dan bergerak tanpa menoleh kebelakangan lagi.

Pada ketika kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan menyelesaikan perkara-perkara penting bagi memastikan rakyat terus mendapat manafaat rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu sudah pun siap merencana dan kini mereka sudah sampai ke peringkat pelaksanaan.

Apa sudah jadi kepada kita agaknya ?? Apakah yang sedang di lakukan oleh UMNO dan BN tatkala musuh politik sudah jauh melangkah malah langkahan ini jika tidak di tangani dengan betul ianya mampu menjadikan medan tempur selepas ini umpama padang pasir di gurun sahara kering kontang tanpa mampu di pertahankan lagi.

Sejak isu RBA atau Red Bean Army menjadi sebutan banyak pihak , DAP nampaknya bijak mengatur strategi apabila dalam diam-diam mereka sudah pun memulakan rentak hasil daripada penambahbaikkan pasukan tentera maya mereka.


Apa yang dinamakan sebagai Ejen Impian itu hanyalah sekadar 'camourflage" kepada gerakan tersusun yang sudah bergerak sejak 2008 yang lalu.

Sejak isu RBA menjadi perbualan , sesuatu perlu di lakukan bagi menyelamatkan pasukan elit DAP ini daripada terus-terusan menjadi sasaran musuh politik mereka.

Dengan kerja yang telah di lakukan oleh mereka sebelum ini sudah pasti RBA amat perlu di selamatkan dan sudah pasti Ejen Impian adalah perkara paling logik untuk RBA di sembunyikan.

Apa yang pasti jangan sesekali menafikan peranan media sosial kerana ia sudah membuktikan keberkesanannya.Dan kerana itulah DAP melangkah setapak lagi memperkasakan gerakan cybertroopers mereka.

Persoalan yang MMI rasa banyak pihak mahu tahu , Puak tu dah mula kita bila lagi ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels