Followers

Wednesday 3 July 2013

Siasatan Red Bean Army Ke Kabinet Jumaat Ini !!!


Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya beliau menerima memorandum daripada 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara hari ini yang mencadangkan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat tentera siber itu.

Beliau berkata NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.

"Kita mengambil berat akan cadangan ini demi menjaga keharmonian rakyat negara ini dan cuba mencari dalang di sebalik operasi dan pembiayaan "Read Bean Army," katanya pada sidang media di lobi Parlimen Selasa.

Seperti semua sedia maklum RBA bukan sahaja satu kumpulan manusia yang berselindung di sebalik nama RBA tetapi mereka juga adalah tentera siber pembangkang yang melakukan rutin tugasan seperti mana gerakan Komunis satu ketika dulu.

Mereka menyusup, menyamar, menipu, mencetuskan prejudis perkauman, menyemarakkan sentimen kebencian terhadap agama Islam dan mengugut rakyat dan pengundi, termasuk orang Cina yang tidak bersetuju dengan mereka.

Rasanya dengan gerakan seperti di atas RBA tidak seharusnya di anggap sebagai tentera siber pembangkang tetapi mereka lebih kepada MUSUH NEGARA kerana kerja-kerja SABOTAJ yang dilakukan oleh mereka mampu menggugat kestabilan negara.

Lebih menyakinkan lagi bahawa RBA benar-benar wujud apabila pimpinan DAPigs yang di tuduh sebagai GodFathernya langsung membisu.Selain dari itu gerakan menghina dan mencaci pimpinan negara , agama Islam dan orang-orang Melayu terus-terusan berlaku.

Percayalah mereka sedang berusaha untuk memecah-belahkan bukan sahaja orang Melayu dan agama Islam tetapi berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan gerakan-gerakan sabotaj ala komunis.

Psstt memang komunis pun yang kita tentang !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels