Semalam merupakan hari pertama sidang DUN Pulau Pinang di buka dengan rasminya dan telah di sempurnakan oleh T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.Majlis berjalan dengan sempurna dan semua ADUN yang telah mengangkat sumpah sebelum ini hadir masing-masing 10 daripada UMNO/BN manakala 30 daripada gabungan DAP,PKR dan PAS.
Tahniah MMI ucapkan kepada semua ADUN yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 baru-baru ini dan menjadi harapan MMI serta rakyat Pulau Pinang untuk melihat sidang dewan kali ini benar-benar membariskan wakil-wakil rakyat yang memikirkan tentang nasib rakyat seterusnya untuk kemajuan negeri Pulau Pinang.
BN menyandarkan tanggungjawab itu kepada 10 orang wakilnya daripada UMNO dengan di pimpin oleh Ketua Pembangkang yang baru YB Dato' Jahara Hamid manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sudah semestinya Lim Guan Eng selaku ketua menteri.
Namun di sebalik keceriaan pembukaan sidang dewan itu sebenarnya lahir satu lagi penipuan yang di buat oleh kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs dan konco-konconya.
MMI agak terkejut apabila perkara yang sebenarnya telah disuarakan oleh kerajaan negeri semenjak 2011 yang lalu masih lagi di bawa ke penggal kali ini.Pada mulanya MMI beranggapan ianya merupakan usaha berterusan dan terancang oleh kerajaan negeri selama ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat khususnya dalam soal kebajikan.
Namun setelah di teliti rupa-rupanya perkara tersebut hanyalah satu omongan kosong yang di bawa sekali lagi oleh kerajaan negeri mungkin untuk menggaburi mata rakyat di Pulau Pinang.
Untuk makluman kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs sejak 2011 yang lalu telah merancang dan akan mewujudkan pusat dialisis CAT buat rakyat yang memerlukan bagi menampung jumlah sedia ada yang terdapat di pusat-pusat dialisis dan Hospital Pulau Pinang.
MMI pernah mengulas tentang isu ini pada 25 November 2011 yang lalu Baca Sini
Kerajaan Negeri
Sejak 2011 yang lalu kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialysis CAT di Pejabat Pasar Awam Balik Pulau. Ia berhampiran perhentian bas (Rapid Penang) dan bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Kononnya MPPP telah memberi persetujuan bagi meggunapakai ruang di belakang Pejabat Kutipan Hasil, Pejabat Pasar Awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialysis CAT Negeri Pulau Pinang.
Kawasan tersebut telah dipilih sebagai lokasi projek perintis kerana kedudukan yang strategik, kepadatan penduduk luar bandar yang tinggi dan pengangkutan awam yang baik. Pada masa yang sama ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri PR kepada penduduk luar Bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.
Apa yang perlu kita semua tahu adalah semenjak 2011 yang lalu sehingga hari ini pusat dialisis CAT yang di maksudkan itu tidak pernah wujud malah di lokasi yang di maksudkan itu pun tidak ada sebarang pusat dialisis CAT seperti mana yang di war-warkan.Ini di sahkan sendiri oleh sumber MMI di Balik Pulau.
Persoalan yang semua perlu tahu adalah , berapakah tempoh masa yang di perlukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina serta mewujudkan pusat dialisis CAT seperti yang di nyatakan oleh Guan Eng sendiri dalam kenyataan medianya bertarikh 8 Jun 2011 ????
Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs memerlukan tempoh masa selama 3 tahun untuk mewujudkan sebuah pusat dialisis perintis yang kononnya berjiwa rakyat itu ???
Ternyata Guan Eng dan rejim DAPigsnya hanya pandai bercakap , janji untuk menyediakan pusat dialisis CAT yang akan beroperasi selama 10 tahun dengan perbelanjaan yang mencecah RM1 juta lebih hanyalah gula-gula penyedap supaya rakyat sujud kepada mereka.
Kini sidang dewan kembali bersidang dan bererti Guan Eng serta rejim DAPigsnya sudah mengambil masa selama 2 penggal membuat janji dan berbohong kepada rakyat.
Jika selama ini mereka asyik menyindir slogan kerajaan "Janji Di Tepati" sebagai "Janji Di CAPATI" maka isu pusat dialisis CAT ini jelas membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang dan rejim DAPigsnya jauh lebih teruk dari itu.
Lebih memalukan lagi apabila kerajaan negeri di bawah Guan Eng bukan sahaja menipu rakyat tetapi turut menipu T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas apabila dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian sidang dewan turut menyentuh tentang pusat dialisis CAT yang sudah berubah status kepada cadangan bagi menutup kegagalan JANJI yang tidak di tunaikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat sejak 2011 yang lalu.
Nampak sangat maklumat yang di salurkan kepada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas itu adalah maklumat yang sudah di saring terlebih dahulu dengan tujuan untuk menunjukkan kerajaan negeri selama ini merupakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.
Betul ka berjiwa rakyat ?? ampa nilai sendiri....
Psstt ada kawan tanya teks ucapan tu sapa sedia ???
MMI
No comments:
Post a Comment