Followers

Thursday 11 July 2013

Slogan UBAH DAP Kini Meresapi Parti PAS


PAS sememangnya sedang melakukan perubahan dan perubahan yang sedang berlaku itu telah menyaksikan PAS kini tidak lagi sama seperti mana PAS satu ketika dulu.Parti yang mengaku membangun bersama Islam satu itu kini di lihat sedikit demi sedikit di resapi roh keramat sahabat sesyurga mereka iaitu DAP.

Hasil daripada persahabatan itu maka PAS kini semakin lesu malah antibodi yang dulunya begitu kuat kini tidak lagi mampu bertahan dan kerana itulah mereka kini memilih kebajikan sebagai pelengkap bicara. 

PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen PAS.  Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri ‘Islam’ seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Islam’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.


Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai ‘alim’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘kaya’.Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut.Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘bank’ PAS.Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut.“–Harakahdaily

Jelas, jolokan ‘bank’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti.   Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.

Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka.   Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim.Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.

Tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula.  Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya.  Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.

Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS.  Malah, rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.

Justeru, Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.

Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil, atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.

Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.

Maka benarlah bahawa PAS telah berubah. Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah PAS dan seluruh macai-macainya untuk terus berUBAH.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels