Followers

Sunday, 25 August 2013

Armada Syaitan Kini Bersiap SEDIA !!

Gambar Hiasan
Kadang-kadang sedih melihat negara-negara yang majoriti rakyatnya Islam masih lagi terlibat dalam kancah kekacauan hinggakan ada di antaranya sudah memasuki zon bunuh-berbunuhan.

Lihatlah apa yang telah berlaku terhadap negara seprerti Afghanistan , Iraq , Bosnia dan beberapa lagi negara lainnya.Hari ini terkial-kial mencari jalan untuk bangun semula.Jangann lupa apa yang sedang berlaku di bumi Mesir !

Semuanya hanya menantikan masa untuk di lunyaikan...Di lunyaikan oleh mereka yang mengaku polis dan gergasi dunia.

Namun dalam beberapa keadaan MMI rasa tidak patut kita meletakkan kesalahan dan marah kita kepada gergasi dan polis dunia ini kerana penyebab dan musabab berlakunya kekacauan di satu-satu negara adalah kerana RAKYATnya.

MMI tak kisah sangat negara seperti Thailand yang di gemparkan dengan rusuhan berwarna sebelum ini kerana majoriti rakyatnya bukan beragama Islam.

Tetapi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam ! Berkecamuk sana sini bermusuhan sesama sendiri sampaikan nyawa sudah tidak lagi berharga.

Entahlah mungkin akan ada yang meletakkan kesalahan kepada negara Islam lain kerana tidak membantu tetapi dalam beberapa keadaan kita harus menerima hakikat dunia masih di monopoli oleh mereka yang bukan Islam.Baca Sini   

Serentak dengan itu juga apa yang bakal berlaku terhadap sebuah negara bernama Syria yang kini sedang porak peranda dengan kekejaman rejim Bashar sudah pasti memberikan kita semua tempoh masa untuk menilai semula.

Apa yang perlu dinilainya ? Baca kenyataan di bawah terlebih dahulu ..

Amerika Syarikat (AS) dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Syria, ketika armada perang negara itu dilihat sedang mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean.

Setiausaha Pertahanannya, Chuck Hagel membayangkan, Pentagon telah menggerakkan tenteranya ke suatu kawasan menjelang kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas Syria, walaupun Presiden Barack Obama menyuarakan tindakan berhati-hati.

Menurut Hagel, komander-komander AS, bagaimanapun telah menyediakan beberapa 'pilihan' kepada Obama, sekiranya beliau memilih untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

''Jabatan Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan (pilihan) kepada Presiden dengan pilihan luar jangka.

''Untuk itu, ia memerlukan pasukan dan aset ketenteraan kami diletakkan dalam kedudukan bersedia melaksanakan pilihan berbeza yang mungkin dipilih oleh Presiden,'' katanya sebelum berlepas ke Malaysia dalam rangka lawatan ke Asia.

Kenyataan Hagel dibuat selepas seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean dengan penghantaran kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu ke sana.

Armada Keenam AS yang diberi tanggungjawab di Mediterranean memutuskan untuk mengekalkan kapal Perang USS Mahan di rantau itu daripada kembali ke pangkalannya di Norfolk, Virginia.Tiga kapal pemusnah lain buat masa ini telah ditempatkan di kawasan itu iaitu, kapal Kapal Perang USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage dengan kesemuanya dilengkapi peluru berpandu Tomahawk.

Pengukuhan aset tentera akan membolehkan Pentagon bertindak secara berterusan sekiranya Obama mengarahkan tindakan ketenteraan diambil terhadap Syria. - AFP

Persoalan MMI , apakah anda beranggapan kehadiran tentera AS itu sebagai bantuan dan pertolongan untuk membantu orang Islam di Syria ? Jika YA , bagaimana pula dengan bantuan yang tentera AS berikan kepada negara-negara lain sebelum ini ? Adakah ianya misi bantuan atau misi untuk menakluki dan melemahkan negara Islam ?

Bukan menidakkan bantuan mana-mana pihak tetapi sekadar ingin berkongsi , Bukankah kemelut dan porak peranda yang berlaku di negara Islam itu adalah kerana orang Islam itu sendiri ? Fikirkan ..

Oh ya jangan lupa Malaysia juga dalam kategori yang sama ....

Psst macam yang MMI kata Armada Syaitan sentiasa bersiap sedia soalnya adakah kita bersedia ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels