Pendedahan yang di buat oleh blogger Dr MiM tentang port atau sarang puak-puak macai dalam media maya untuk memfitnah dan maki hamun pemimpin negara dan kerajaan sudah pun di bongkarkan.
Melihat kepada akaun-akaun facebook atau laman page yang di wujudkan itu jelas sekali memperlihatkan bagaimana gerakan macai-macai ini sebenarnya di dalangi oleh pihak-pihak tertentu dan pro kepada parti DAP.Kebanyakkan mereka adalah penyokong-penyokong tegar parti DAP yang di biarkan bebas berleluasa dalam saluran media.
Malah melihat kepada sesetengah akaun ada dikalangannya menjadikan akaun-akaun fake sebagai daya tarikan untuk mendapatkan jumlah Like yang banyak dan ianya akan di tukar kepada pro politik pebangkang setelah mencapai angka-angka tertentu.
Malangnya, tidak ada sesiapa pun dalam pihak BN yang monitor dan memantau sarang-sarang tempat menghasut dan mencarut ini. Akibatnya, ramai kaum Cina yang termakan dengan hasutan dan tidak diberikan alternatif lain yang menceritakan perkara positif tentang kerajaan BN.
Yang lebih memudaratkan ialah selain daripada individu-individu yang taksub kepada DAP dan pembangkang, pembangkang mempunyai jentera cybertroopers yang bekerja sepenuh masa dan kerja mereka fokus untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO, BN disamping mencanangkan perasaan rasis, chauvinis dan benci di dalam rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina.
Dan mereka tidak lokek wang untuk memperkasakan pengaruh pembangkang di dalam alam maya ini. Lebih-lebih lagi apabila para penganalisis politik sependapat mengatakan bahawa alam maya dan media sosial ini adalah platform terpenting untuk menentukan sokongan rakyat pada parti-parti politik pada PRU14 yang akan datang.
Kerana itu MiM berharap agar kepimpinan tertinggi UMNO dan BN supaya bersegera menyediakan jentera cybertroopers yang lebih mantap dan bekerja sepenuh masa di bawah potfolio Media Sosial yang diiktiraf sebagai satu entiti berasingan yang sama pentingnya seperti potfolio Penerangan, Ekonomi, Kebajikan dan Politik di dalam hieraki Majlis Tertinggi UMNO dan BN.
Bloggers, Facebookers dan Cybertroopers pro-BN mesti disatukan di dalam potfolio ini untuk memastikan kelancaran strategi dan pemfokusan tugas yang lebih seragam dan berkesan. Hal ehwal, keperluan dan kebajikan pejuang-pejuang siber pro-BN ini juga dipelihara oleh potfolio ini.
Realitinya, jika modus operandi kotor seperti di dalam Facebook di atas dan dalam Facebooks, blogs, twitters, instagram dan pelbagai lagi yang pro-pembangkang dibiarkan terus berleluasa tanpa pemantauan, MiM khuatir UMNO dan BN akan kalah lagi teruk pada PRU14 yang akan datang.
Dan 'peperangan dalam alam maya' ini sudah berjalan dengan hebatnya, 24 jam 7 hari sejak BN diumumkan menang pada PRU13 yang lepas ! Baca Selanjutnya
Komen MMI dalam mendepani pertempuran alam maya ini , MMI amat bersetuju dengan saranan Dr MiM supaya UMNO dan BN segera menyediakan jentera mayanya dan di perlengkapkan dengan sebaik-baiknya.
Ini penting kerana setiap cacian , makian , fitnah dan tohmahan puak-puak macai pembangkang ini perlu di pertahankan.Percayalah lambat bertindak akan memudaratkan banyak pihak di bumi Malaysia.
MMI
No comments:
Post a Comment