Followers

Sunday 11 August 2013

GEMPAR BOM Pula Dah !!!


Tak cukup dengan kejadian tembak menembak yang makin berleluasa sekarang ni , negara di kejutkan pula dengan kejadian bom hingga mengakibatkan seorang meninggal dunia. 

Aduhai apa nak jadi dah Malaysia ni ?? dah semacam out-law dah ! 

Menurut sumber mangsa bernama Mohd Yusrizal Bin Mat Zai K/P 810618-03-5649 berumur 32 tahun beralamat di Kampung Kenor 18000 Kuala Krai Kelantan.Bekerja sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai , Kuala Krai.Status berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 bulan.

Kejadian di laporkan berlaku di hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya , Tumpat Kelantan.



Berita menyatakan mangsa keluar dari rumah ibu mertuanya untuk melihat suatu benda di atas bumbung kereta Naza Citra plat no WNS 8721 warna gold.Tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan mangsa di dapati terbaring atas jalan kerana mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan serius iaitu putus kedua-dua belah tangan dan perut terburai.

Setakat petang tadi siasatan masih di jalankan oleh pihak polis termasuk unit forensik , unit bom dan K9. 

Alfatihah buat mangsa.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels