Bekas ahli DAP kini mempersoalkan kesahihan ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemilihan pucuk pimpinannya Disember lalu.
Bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha berpendapat apabila ROS mendapati pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP tidak mengikut perlembagaan parti, ini bermakna ia perlu menjalankan pemilihan semula seperti yang diarahkan oleh ROS.
"Kalau ikut logik, katakan CEC DAP tidak sah, bermakna apa-apa keputusan atau pun keputusan daripada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah CEC, semua boleh dikatakan tidak sah, kalau mengikut keputusan ROS," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, berdasarkan logik itu, surat tauliah pencalonan ahli parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga tidak sah.
Ini, katanya, bermakna kedudukan ahli DAP yang memenangi kerusi parlimen dan DUN dalam PRU13 kini boleh dipersoalkan.
Bagaimanapun, Jenice yakin DAP akan mempertahankan status ahli parlimen dan ADUNnya dengan menggunakan kedudukan Lim sebagai setiausaha agung dalam CEC lama sebelum pemilihan Disember lalu yang dibatalkan oleh ROS.
"Mestilah itu perlu tengok keputusan atau pun perbincangan di antara ROS dan DAP sebab walaupun katakanlah CEC DAP tidak sah tetapi sebelum CEC DAP atau sebelum bulan Disember, Lim Guan Eng masih Setiausaha Agung DAP.
"Jadi ini boleh dikatakan dia hanya sambungkan tempoh dia sampai ke konvensyen tempoh yang baru, itu saja," katanya.
Jenice juga yakin DAP akan memberi alasan calon parlimen dan ADUNnya yang bertanding dalam PRU13 hanya menggunakan logo parti itu sebagai ahli yang sah dan tiada kaitan dengan pemilihan CEC.
"Cuma kalau katakanlah calon-calon yang bertanding, kalau mengikut lojik ini, keputusan itu tidak sah tetapi mereka tandatangan surat tauliah itu hanya kerana mahu menggunakan logo parti pada PRU13 lalu.
"Jadi mereka semua masih ahli DAP, masih boleh bertanding, tiada masalah," katanya.
"Itu surat tauliah sepatutnya dia macam bagi awak menggunakan logo saja, tetapi isu tauliah itu sudah lepas kerana PRU13 sudah pun berlalu, ada logo ke tidak ada logo, itu tidak penting lagi.
"Asalkan mereka sumpah, kira mereka sendiri masih lagi calon DAP, itu tidak ada masalah," tambahnya.
Berikutan keputusan ROS minggu lalu, pemerhati politik berpendapat DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berputar-belit mengenai kontroversi pemilihan CEC parti itu tahun lalu.
Pemilihan pucuk pimpinan DAP menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan terbabit.
Sebaik mendapat surat daripada ROS, DAP mempersoalkan keputusan yang mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan CEC.
Lim sebaliknya meminta ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan perjalanan CEC pada Disember lalu berdasarkan kepada Akta Pertubuhan 1966.sumber
Bagi MMI kalau benarlah semua wakil DAP yang menang kerusi dalam PRU13 baru-baru ini dianggap tidak SAH maka usah di adakan pilihanraya lagi CUKUP sekadar SPR memberikan kerusi tersebut kepada wakil-wakil yang menentang calon DAP.Mudahkan ?!!
MMI
No comments:
Post a Comment