Mesir sebuah negara arab yang kini kacau bilau kerana politik melampau yang semakin menjadi-jadi.Dari pemerhatian MMI ianya bermula dengan demontrasi besar-besaran rakyat Mesir yang mahu melakukan perubahan.Apakah perubahan yang rakyat Mesir mahukan ? Sehingga ke hari ini MMI masih lagi kabur tentang perubahan tersebut kerana apa ? Kerana hari ini bumi Mesir terus bergolak !!
Bagi MMI apa yang berlaku di Mesir adalah satu perancangan licik lagi berbahaya yang sebenarnya sudah berjaya mempengaruhi rakyatnya supaya bangun memberontak.Memporak-perandakan negara-negara Islam adalah keutamaan pihak-pihak tertentu dan kita sebenarnya sedar perkara ini berlaku sejak runtuhnya World Trade Centre di bumi Amerika Syarikat.
Sejak itu satu - persatu negara Islam mula bergolak hinggakan rakyatnya berbunuhan sesama sendiri.Akibatnya sistem perundangan dan kerajaan runtuh sehinggalah memerlukan bantuan atau sokongan dari pihak luar.Siapa mereka ????
Amerika Syarikat semalam menggesa kerajaan sementara Mesir, supaya membebaskan presiden negara itu yang digulingkan Mohamed Morsi, selepas ia melepaskan bekas pemimpinnya Hosni Mubarak.
“Ini adalah masalah dalaman Mesir dan kami menghormati keputusan kerajaan membebaskan Mubarak. Namun, dasar kami mengenai Morsi adalah sama. Kami percaya beliau juga wajar dibebaskan,” kata jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki.
Sejak beberapa hari lalu wartawan meminta ulasan Jabtan Negara mengenai keadaan kedua-dua pemimpin Mesir itu.
Selepas digulingkan pada 2011, Mubarak didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Hukuman itu dibatalkan dan mahkamah diarah mengadakan perbicaraan semula.
Khamis lalu, Mubarak dipindahkan dari penjara untuk menjalani perintah tahanan dalam rumah di sebuah hospital tentera.
Morsi dipilih secara demokratik tahun lalu, digulingkan pada 3 Julai sebelum ditahan di lokasi dirahsiakan, manakala tindakan tentera ke atas penyokong Morsi menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh dalam beberapa siri tunjuk perasaan.
“Untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar, satu proses yang disertai semua pihak hendaklah dilaksanakan. Kami percaya semua pihak perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian.
“Adalah sukar untuk melaksanakan proses ini jika ada anggota sesebuah parti ditahan,” katanya.
Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.
Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi.
Amerika bagaimanapun belum mengiktiraf penggulingan Morsi sebagai rampasan kuasa tentera. Langkah yang akan secara automatik menyebabkan pemotongan bantuan Amerika kepada Kaherah. - AFP
Apa hak Amerika untuk campur tangan urusan negara Mesir ??
Pesanan MMI kepada rakyat Malaysia , ambil iktibar dengan apa yang sedang berlaku di bumi Mesir dan negara-negara Islam lain..Kini suara aneh mula kedengaran dan kita harus pastikan suara itu tidak sampai ke bumi keramat Malaysia.
Percayalah apa yang berlaku di Mesir bermula dari rakyatnya sendiri...Hati-hati !
MMI
tu sebab nak simpati sangat kat mesir ni malas. sebab masalah itu mereka yang cari. sekarang apa sudah jadi.
ReplyDeletePergi jahanam kamu admin. Kamu & org2 spt kamu lh yg mybbkn islam & umatnya snts bpecah belah, mundur, d pndg brk & d hina. Smg allah mlknt kamu slknt2nya krn kamu x beramal dgn ilmu yg kamu ada. Kamu x bpegang pd alquran & hadis mybbkn kamu buta dlm menilai kbenarn. Adkh kamu kta org yg cb mnmbh baik sistem pmrnthn bdsrkn islam sbg pberontak? Apbl naik Morsi alhafiz, beliau mmtuskn hbgn dgn israhell, bk pitu smpdn palestin-mesir, hntr bntuan asasi kpd rkyt palestin, bg ruang tngl pd org2 palestin. Skrg apbl morsi d gulingkn..krjn haram assisi tajaan yahudi amerika mymbg smla hbgn dgn israhell, mntp ptu smpdn palestin mesir..tbaru mletupkn trwg mesir gaza. Ya allah hncurkn lh manusia hina spt ini..ssnghnya mrk ini tiada kshn pd saudara seislam nya..amin
ReplyDelete