Followers

Thursday, 15 August 2013

Perletakan Jawatan Teng Chang Yeow Di TOLAK NAJIB !!


Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang , Teng Chang Yeow yang telah meletakkan semua jawatannya setelah mengalami kekalahan dalam PRU13 yang lalu kini perlu memikirkan semula hasrat beliau setelah permohonannya di tolak oleh Pengerusi Barisan Nasional YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang terawal memberikan reaksi setelah keputusan itu di buat adalah YB Datuk Roslan Saidin ADUN Pinang Tunggal.

Tiada masalah untuk Gerakan terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, dengan syarat parti itu harus meraih sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina di negeri ini.

Gerakan antara parti yang mewakili kaum Cina di Pulau Pinang mendapat prestasi buruk dalam pilihan raya umum sejak dua penggal lalu.

Jelas Roslan, Umno akan terus memberikan sokongan kepada Teng agar negeri itu dapat diambil alih BN pada masa depan.

"Mengenai kepimpinan, kita Umno nampak ada kekuatan cuma parti komponen iaitu Gerakan, MCA dan MIC...Pimpinan peringkat pusat perlu melihat apa yang harus dilakukan.

Saya lihat beliau boleh (melakukan sesuatu) yang mana beliau seorang anak muda yang berwawasan tinggi, berkeupayaan dan jelas kita dapat lihat dari gerak kerja yang dia buat," katanya kepada media.

Justeru beliau meletakkan harapan tinggi kepada Teng untuk mengubah pandangan dan sokongan rakyat negeri itu.

"Jadi saya rasa beliau (Teng) boleh meneruskan untuk mengetuai BN di Pulau Pinang dengan sokongan kuat parti komponen yang lain tapi sekiranya sendiri memikirkan bahawa Umno perlu untuk menerajui, mengetuai kepimpinan BN negeri bagi saya Umno tiada masalah.

"Apa yang lebih penting kita perlu bangkit untuk menyakinkan semua kaum bahawa hubungan antara kaum dalam BN adalah baik," katanya.sumber 

Dalam beberapa keadaan MMI bersetuju dengan kenyataan YB Datuk Roslan dan ianya selari dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan diantara kaum kerana ianya merupakan perkara penting dalam usaha untuk terus memakmurkan negara.

Cumanya sebagai rakyat Pulau Pinang , ada sesuatu yang terbuku dalam hati MMI yang perlu diluahkan.

Sebagai seorang pemimpin yang di berikan amanah untuk berjuang bagi pihak Barisan Nasional dan mengetuai angkatan perang sewaktu PRU13 yang lalu , adakah tindakan lari dari medan perang yang belum berakhir itu merupakan tindakan yang sewajarnya di lakukan ?

Ya benar , BN kalah di Pulau Pinang tetapi ianya tidak bererti kekalahan itu adalah selama-lamanya.Seharusnya Teng Chang Yeow perlu terus fokus kepada segala perancangan untuk terus memastikan parti komponen BN seperti Gerakan , MCA dan MIC kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Bukan soal tidak percaya tetapi ada kalanya kita perlu utamakan mereka yang susah senang bersama daripada mereka yang banyak main politik !!

MMI

1 comment:

Labels