Followers

Saturday, 10 August 2013

Siapa Kuan Yew Nak Kritik Kita ??


Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew menyifatkan dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

Dalam petikan buku terbaru dilancarkan bertajuk 'One Man's View of the World' baru-baru ini , Lee menyebut dasar tersebut secara sukarela telah mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat dari semua kaum.

"Mereka bersedia untuk kehilangan bakat besar bagi mengekalkan dominasi sebuah kaum.

"Sejak kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah agak bersedia untuk mengakui kehilangan golongan berbakat kepada bandar-bandar berwibawa di tempat lain dan sedang mencuba menarik pulang warga Malaysia berbakat dari luar negara.

"Tetapi realitinya, usaha-usaha ini mungkin terlalu sedikit...terlalu lewat," katanya dalam bukunya, bab Asia Tenggara - 'Malaysia - A Different Path'.

"Selepas Pilihan raya Umum 2008, ada perasaan mendalam di kalangan sesetengah pihak di Malaysia bahawa negara itu berada di ambang perubahan sebenar," katanya.

Beliau menjelaskan, pembangkang yang berkempen secara rasmi antara lain berjanji untuk menghapuskan beberapa dasar berasaskan kaum sehingga memberi kejutan kepada penyokong sendiri dengan pencapaiannya.

Jelasnya, Najib selaku pemimpin parti pemerintah telah membawa kempen 1Malaysia untuk memenangi semula undi kaum Cina dan India yang hilang dalam Pilihan Raya 2008.

"Dari segi undi, ia adalah pencapaian terbaik pembangkang sejak 1969. Dari segi perolehan kerusi, ia merupakan keputusan paling terbaik dengan kerajaan dinafikan majoriti dua pertiga," kata pemimpin berusia 90 tahun pada September ini.

Lee berkata, adalah mustahil bagi Najib untuk menawan semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan penyokong teras dari partinya - kaum Melayu.

Tambahnya, slogan 1Malaysia tidak menepati keterujaan awal yang dicetuskan oleh kempen itu.

Lee juga berkata mereka yang mengharapkan 1Malaysia untuk menyambut era baharu dalam hubungan antara kaum adalah tidak realistik manakala mereka yang menghitung pembangkang melakukannya pada satu hari nanti juga begitu sama.

Sebagai permulaan, beliau berkata pakatan pembangkang untuk berkuasa dalam masa terdekat merupakan sesuatu yang amat sukar.

Sekiranya ia berlaku, beliau berpandangan peluang untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu tidak akan menjadi kerana pakatan pembangkang mencari peluang dan tidak mempunyai pendirian sama tetapi hanya mahu menyingkirkan kerajaan.sumber 

Secara mudahnya sesiapa sahaja boleh mengkritik atau memberikan pandangan tentang Malaysia dan kerajaannya.Namun ada perkara yang banyak pihak perlu tahu iaitu ada sesetengah pengkritik itu juga sebenarnya pernah melakukan perkara yang hampir sama dengan apa yang mereka perkatakan.

Senang cita mereka yang mengkritik itu juga pernah melakukan kesilapan dan kesalahan , begitu jugalah dengan Kuan Yew apabila beliau juga pernah melakukan kesilapan yang sama sewaktu menjadi penentu dasar kerajaan Singapura.

Ini buktinya ..

Kenyataan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura yang telah disiarkan pada 17 November 2009 melalui Channel NewAsia dilaporkan oleh Hoe Yeen Nie adalah seperti berikut.

Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah SALAH. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).

Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Jika di bandingkan apa yang telah Kuan Yew lakukan dengan kritikannya terhadap Malaysia rasanya MMI boleh persoalkan SIAPA KUAN YEW NAK KRITIK KITA ??

MMI

3 comments:

  1. Jika apa yang dia sebut itu memang benar, maka kita guna pakai.

    Jika tidak, abaikan saja.

    Lagipon kerajaan malaysia bukan lah kerajaan malaikat, yang langsung tidak ada salah dan silap.Kalau apa ya

    ReplyDelete
  2. Guna pakai cakap anjing?? Boddow..

    ReplyDelete
  3. sekarang semua orang dah berani dgn negara M'sia drpd rakyat sendiri sehinggalah pemimpin negara asing.selps ni sape pulak lagi ...entahlahh
    alahaii negarakuuu ...

    ReplyDelete

Labels