Followers

Tuesday 6 August 2013

Surat Misteri Di Tangan SPRM ~ ANWAR Di Sailang Orang Kuat Sendiri ??!!!


Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin Mazlan mendedahkan kemunculan surat misteri yang mengandungi 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.


Mengulas tindakan Anwar dan Karpal membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan itu, Mazlan memberitahu, mereka berhak berbuat demikian.

"Mereka berhak mengambil apa juga tindakan yang difikirkan sesuai terhadap saya.

"Namun, saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.utusan 

Macam yang MMI kata sebelum ni boleh percaya sangat ka Karpal jadi peguam bela Anwar tanpa di kenakan bayaran atau bayaran yang jauh dari kos guaman sebenar ? Baca Sini 

Paling menarik adalah Anwar sudah pun menuding jari kepada UMNO dan menuduh kononnya penyebaran surat misteri itu adalah satu lagi fitnah jahat UMNO terhadap beliau.

Alo brader , surat tu diedarkan di sekitar Permatang Pauh dan penduduk kemudiannya menyerahkan surat tersebut kepada Dr Mazlan.Kemudiannya Dr Mazlan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk di buat siasatan.

Sikit punya baik ka Dr Mazlan sebabnya kalau siasatan oleh SPRM membuktikan surat misteri itu hanyalah sekadar surat berunsur fitnah maka sudah tentu nama Anwar akan di bersihkan.

Tapi belum apa-apa lagi dah meloncat siap tuduh sana sini !! 

Nak tahu juga kalau dah sekitar Permatang Pauh tu boleh jadi kerja orang sendiri dak ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels