Followers

Tuesday, 3 September 2013

Antara Minyak , Syukur & Kemajuan !!


Panas semalam sama panasnya dengan pengumuman Datuk Seri Najib tentang kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen berkuatkuasa hari ini.MMI yakin mereka-mereka yang bukan dari kalangan orang berada sudah pasti menjadikan isu ini sebagai tajuk utama di kedai-kedai kopi termasuk di mana-mana sahaja. 

Dalam masa yang sama sudah pasti orang-orang politik tanpa mengira beza sama ada kurang berada mahupun berada juga menjadikan isu ini sebagai bahan perbincangan politik.

Huh meriah sungguhkan ? Rasanya lebih meriah dari hari merdeka baru-baru ni , apa pun setiap dari kita punya hak untuk berbicara asalkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyatnya.

Datuk Najib selaku Perdana Menteri selain dari membuat pengumuman tentang kenaikan harga tersebut turut mempunyai alasan tersendiri yang rasanya perlu di kongsi dengan semua.

Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - BERNAMA

Dalam beberapa keadaan MMI tahu kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan yang suka melihat rakyatnya terbeban dengan perkara-perkara sebegini.

Malah jika kita melihat kembali keadaan sebelum ini , sejak 2011 harga minyak tidak di naikkan oleh kerajaan walaupun ada beberapa kenaikan harga minyak mentah dunia.Maka tidak ada satu suara pun dari rakyat yang merungut tentang kenapa harga minyak itu tidak naik ,kenapa ? 

Mungkin ada yang mengatakan ianya kerana kerajaan perlu berdepan dengan pilihanraya.Namun bagi MMI ianya bukan alasan memandangkan sebelum ini pelbagai bantuan dan hasil daripada program tranformasi negara yang ke semuanya menguntungkan rakyat sudah pun di lakukan dan terus di lakukan.

Kenaikan harga minyak ini sebenarnya dilakukan setelah meneliti segala aspek dan ianya MMI percaya bukanlah satu keputusan yang di sukai oleh Datuk Najib sendiri.Adakah anda yakin kerajaan dan kepimpinan negara yang sudah pasti faham bahawa isu kenaikan harga minyak akan menjadi "bad fire" kepada kerajaan dengan suka-suka hati mahu menaikkan harga ?

Jangan sempitkan fikiran kita kerana selain dari perlu memastikan kebajikan rakyat terjamin , kerajaan juga perlu memastikan kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara berada dalam keadaan baik.Ini penting kerana segalanya bergantung dan berkait rapat antara satu sama lain.Lemah ekonomi maka lemahlah negara.

MMI faham kenaikan ini menimbulkan rasa marah sebahagian rakyat Malaysia yang mungkin terkesan dari kenaikan tersebut namun dalam keadaan-keadaan tertentu kerajaan terpaksa memilih keputusan tidak popular ini demi menjamin kesejahteraan negara dan rakyatnya.

Jangan lupa walaupun harga bagi setiap liter petrol RON95 naik sebanyak 20sen , kerajaan masih lagi memberikan subsidi sebanyak 63 sen bagi setiap liter petrol RON95 dan 80 sen untuk diesel.

Jauh berbeza jika di bandingkan dengan negara ASEAN malah jiran kita sekalipun.


Sebenarnya dengan segala macam yang rakyat Malaysia nikmati hari ini kita seharusnya lebih waras dalam melahirkan rasa tidak puas hati kita.Jangan lupa tentang subsidi lain seperti bil elektrik,lahirnya KR1M,BR1M serta yang seangkatan dengannya.

Mungkin masih ada lagi yang kurang faham dengan beberapa perkara iaitu bagaimana Malaysia kini bukan sahaja merupakan antara negara yang mempunyai harga petrol terendah di dunia di tangga ke 8 tetapi juga merupakan negara yang sedang menuju untuk menjadi sebuah negara maju.

Sedarkah kita bahawa lagi maju sesuatu negara itu maka kos tertentu juga sebenarnya akan turut maju atau dalam bahasa mudahnya meningkat.Itu adalah hakikat yang kita harus terima kerana kemajuan itu bukalah sesuatu yang percuma.Negara dan rakyatnya perlu berkorban bagi mencapai sesuatu kemajuan.

Lihat negara seperti Singapura sebagai contoh , adakah anda yakin bahawa kos bagi satu liter petrol lebih rendah dari Malaysia ? Rasanya tidak malah Thailand negara jiran kita pun jauh lebih tinggi harganya.

Cuba anda lihat negara-negara maju lain contohnya di Eropah dan Amerika Syarikat harga jauh lebih tinggi jika di bandingkan dengan Malaysia.

Persoalannya adakah rakyat Malaysia bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini ? Adakah rakyat Malaysia kini bersedia untuk berdepan dengan status Malaysia sebagai negara maju ? 

Jika persoalan ini tidak dapat di jawab bererti kita hanya mementingkan diri sendiri kerana kita hanya mahukan keuntungan semata-mata tetapi dalam masa yang sama kita lupa , untuk mendapatkan keuntungan itu kita perlu melabur terlebih dahulu.

Itulah yang kerajaan lakukan hari ini , walaupun kenaikan harga itu di lihat sebagai satu bebanan kepada rakyat namun ianya perlu di teruskan demi untuk memastikan negara terus mampu di pacu dan rakyat dapat merasai kesan baiknya hasil dari kedudukan ekonomi yang baik.

Kemajuan itu perlu bagi sebuah negara seperti Malaysia , namun kadang kalanya kita harus kenal erti syukur lebih dari emosi dan rasa marah itu sendiri . Bersyukurlah kerana harga minyak negara kita masih antara terendah di dunia.

MMI

1 comment:

  1. amalkan competition di antara syarikat minyak... kita tengok sama ada Petronas, Petron dan Shell boleh memberi perkhidmatan dan harga minyak yang lebih baik... baru masyuk...

    ReplyDelete

Labels