Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berhasrat untuk mempertemukan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas satu pentas raksasa pada 10 Oktober depan.
Jurucakap gabungan tersebut, Badrul Hisham Shahrin yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)-salah satu NGO yang bergabung membantah TPPA- berkata dua tokoh tersebut akan ditemukan dalam usaha untuk meraih sokongan bagi membantah perjanjian tersebut.
Badurul berkata pentas raksasa itu merupakan acara kemuncak dalam siri 15 jelajah membantah TPPA dari 17 September di seluruh Malaysia.
"Kedua-dua tokoh ini lantang menggesa kerajaan menolak perjanjian TPP. Pada masa yang sama, mereka menuduh satu sama lain sebagai pro-AS.
"Oleh itu, kita berilah mereka peluang untuk mengenepikan ego dan politik domestik demi mempertahankan kedaulatan kedaulatan negara.
"Rakyat juga sudah tentu ingin melihat sama ada tokoh-tokoh ini semata ingin pertahan ego politik domestik atau tampil mempertahankan negara dari dijajah ekonominya.,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Siri jelajah tersebut diberi nama #bantahTPPA kedua-dua tokoh pemimpin itu akan dijemput ke peringkat akhir perhimpunan dan pidato umum itu, iaitu sehari sebelum demonstrasi besar-besaran membantah perjanjian tersebut ketika kunjungan Presiden Amerika, Barrack Obama di pusat beli-belah KLCC.
Badrul berkata undangan kepada DS Anwar dan Tun Mahathir untuk sepentas di kemuncak jelajah juga sedia untuk disampaikan.sumber
Hahaha ada baiknya juga cadangan si Bard tu cuma MMI terfikir siapa Bard ni yang nak mengatur bekas PM kita bersama petualang negara ni ? Kenal diri dululah kot dan seperkara yang harus si Bard ni faham adalah tindakan nak memancing publisiti semacam ni "style" lama bro ..
Anwar yang kini berdepan dengan pelbagai isu termasuklah tentang pengedaran surat berkenaan beliau di Permatang Pauh rasanya tidak layak untuk berdiri sama-sama dengan Tun Mahathir.
Hampir pasti Anwar mahu turun sekiranya Tun Mahathir sambut pelawaan tersebut sebabnya dapat perhatian beb , kan ini game Anwar sejak dulu !!
Pada pandangan MMI rasanya mustahil ianya berlaku..
Psst NGO apanya puak-puak tegar pembangkang Huh !!
MMI
Kenapa bezakan mahathir dan anwar di pentas seperti ini.
ReplyDeleteMahathir tak akan hilang bisanya sekadar bergaul dengan akar yang mereput.