Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Kapten (B) Shahrudin Omar berkata pembangkang terutama DAP umpama menangguk air yang keruh apabila cuba menjadikan filem Tanda Putera sebagai propaganda mereka untuk menuduh kerajaan terutama UMNO sebagai parti yang rasis.
Sambil menyifatkan serangan DAP itu sebagai penembak curi beliau berkata hakikatnya sejak 56 tahun lalu, perjuangan UMNO sebenarnya adalah untuk semua bangsa dan ini telah terbukti dengan apa yang telah dikecapi oleh bangsa lain di negara ini termasuklah diwujudkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta pengamalan agama tanpa sebarang sekatan.
“Dek kerana mahu memberikan rasa adil itu kadangkala kaum Melayu sendiri seakan terabai dan ketinggalan walaupun mempunyai hak keisitimewaan yang diperuntukan dalam perlembagaan.
“Mereka tidak sepatutnya memperlihatkan diri mereka kurang cerdik dengan menjadikan filem Tanda Putera sebagai beg penumbuk sedangkan secara keseluruhan filem itu lebih berkisar kepada usaha pemimpin yang mahu memelihara keharmonian dan keamanan negara. Jangan buat serangan membabi buta, buktikan dahulu di mana rasisnya pemerintahan sekarang,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, DAP sebenarnya adalah sebuah parti yang telah diketahui sebagai sebuah parti rasis dan cauvinis kerana perjuangan mereka hanyalah satu perjuangan sempit untuk sesuatu kaum sahaja sehinggakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)mereka juga terbukti rasis.
“Dahulu semasa penggunaan bahasa jawi di papan tanda juga mereka pertikaikan tetapi kini di Pulau Pinang bahasa Cina digunakan menggantikan bahasa Jawi. Kalau nak kata adil kenapa tidak diletakkan sekali bahasa jawi dan tamil. Jadi, siapa yang rasis sebenarnya…
“Sentiman kecinaan yang disemai oleh DAP adalah sangat melampau dan mereka seharusnya belajar untuk menghormati hak bangsa lain.
“Sebaiknya DAP cuba cermin diri mereka sebelum menuduh orang lain termasuk filem Tanda Putera rasis. Filem tersebut adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah sama sekali. Itulah kenyataan sebenar yang harus diterima oleh DAP,” ujarnya lagi. - MediaUMNO
Dah memang jenis puak cauvinis rasis mana nampak salah sendiri sebab hati buta tu asyik menuduh ja kerjanya.Jangan lupa insiden Adun Komtar angkat tong gas di restoran nasi kandar kat Pulau Pinang bro !! Hahaha DAP tak rasis ? Uwekkkkk ....
MMI
Memang tak dinafi bw Dapigs dan LGE adalah iblis rasis dan cauvinis.Tak perlu cermin kita tengok saja keadaan di P.Pinang.Tak ubah spt negeri cina Taiwan (wlpun tak semaju Taiwan lah).
ReplyDeleteSurcaj air dinaikkan 100%,tetapi tak nak bayar air mentah kpd Kedah.Malu sungguh.