Followers

Sunday, 1 September 2013

Mereka Jelas Adalah MUSUH Negara !! Mohon Tindakan SEGERA KDN @Zahid_Hamidi


Orang-orang  yang terlibat memijak bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera baru ciptaan mereka pada saat kita rakyat Malaysia mengibar bendera negara pada ulangtahun kemerdekaan beberapa hari lalu, adalah satu penghinaan kepada negara dan merupakan 'PENDERHAKA' kepada Yang Dipertuan Agung sebagai Tonggak Utama Negara.

Oleh yang demikian pihak berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang negara hendaklah segera mendakwa mereka ke Mahkamah Undang-Undang atas pengkhianatan mereka terhadap rakyat dan negara khususnya dengan niat yang jahat melakukan penderhakaan kepada YDPertuan Agung, dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan seberat-berat nya iaitu hukuman mati.

Bagi para pengkhianat negara dan penderhaka kepada Yang Dipertuan Agung yang terlepas dari tali gantung kerana sebab teknikal dan sebagainya, maka kategori yang ke dua sesuai dengan hukuman terhadap mereka ialah melucutkan taraf kewarganegaraan mereka.

Pihak berkuasa, atas dasar perikemanusiaan, bolehlah bertanyakan mereka yang dilucutkan kewarganegaraan ini, dimanakah pilihan negara yang mereka hendak menjadi warganegaranya, dan kirimlah ke negara berkenaan.

Atau pilihan lain, serahkan sahaja kepada Pejabat Pelarian Orang Tanpa Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bukit Petaling Kuala Lumpur itu, untuk dihantar ke negara-negara  yang sanggup menerima mereka untuk menjadi rakyatnya.

Atau, kalau pengkhianat negara itu berketurunan China hantar sajala ke Singapura, iaitu satu negara yang menjadi idaman kepada penyokong-penyokong  pembangkang China, sebuah negara contoh kepada pemimpin DAP (selain dari Karpal Singh) di mana mereka sering mengadap dan berguru kepada Dato' Lee Kuan Yew, bagaimana nak menghancurkan kekuasaan orang-orang  Melayu di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya.

Pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur lagi dalam hal ni, cacing sudah naik ke mata, mereka bermaharajalela melakukan semahu-mahu nya untuk menghina pemimpin negara dan menderhaka kepada Raja.

Sudah sekian lama mereka mengejek polis, menghina Lagu Negaraku, menghina agam Islam, menghina bangsa Melayu yang memberikan kebenaran kepada mereka dengan mudahnya untuk sama-sama  mendiami negara ini dengan hak kerakyatan sekali.

Dalam setiap kesalahan yang mereka lakukan, para pemimpin kita, sesama kita telah memaafkan mereka, tanpa mereka sendiri mengetahui mereka telah dimaafkan dengan mudah...oleh itu mereka semakin galak menghina pemimpin kita, dan kini, Raja dan negara.

Sudah tiba masanya kini undang-undang  negara bersuara , berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan  yang 'apologetik' ...biarlah hukum ketenteraman awam dan keselamatan negara melakukan tugas mereka...!

Memilih untuk tidak menghormati bendera Malaysia bererti mereka adalah musuh NEGARA ! JANGAN BIARKAN MUSUH DALAM SELIMUT !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels