Followers

Sunday 1 September 2013

TANDA PUTERA RASIS ??


Semalam MMI bersama-sama rakan telah hadir ke salah satu pawagam di Pulau Pinang menonton filem penuh kontroversi Tanda Putera.Rasa teruja untuk menonton filem tersebut menjadi-jadi apabila tayangannya sebelum ini di halang oleh rejim DAPigs lidah bercabang tu.

Sebaik tiba di perkarangan pawagam perasaan teruja itu bertukar bangga apabila melihat ramai di kalangan anak muda sudah pun bersedia untuk menonton filem tersebut.

Di antaranya turut kelihatan mereka yang bersongkok dan sekali pandang dengan kemeja kotak mereka seolah-olah MMI berada di zaman 60an.Malangnya gambar mereka yang MMI ambil mengalami sedikit masalah dan tidak dapat di siarkan untuk tatapan semua.

Apa pun kehadiran lebih dari 100 orang menonton bersama-sama cukup untuk membuatkan MMI tersenyum.Senyum kerana filem ini bukan sahaja telah mencatatkan sejarah sebagai sebuah filem yang penuh dengan kontroversinya tetapi turut tersenyum apabila mengenangkan wajah-wajah macai DAPigs yang sudah pasti kelat kerana terpaksa akur dengan desakan rakyat.


Selama hampir 2 jam didalam pawagam , pengarah ternyata bijak memainkan perasaan penonton malah terdapat elemen-elemen seperti lawak , cemas , tertekan , sedih , hiba , benci , syukur dan lain-lain lagi yang menjadikan Tanda Putera antara filem terbaik untuk di tonton oleh mereka yang mahu mengikuti sejarah negara seara santai.

Selain daripada itu Tanda Putera bukanlah sebuah filem RASIS seperti mana pihak-pihak tertentu di luar sana gambarkan.Ianya lebih banyak menceritakan bagaimana pimpinan negara kita pada ketika itu berusaha dan bekerja untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negaranya.

Segala jerit perih Tun Ismail dan Tun Abdul Razak berjaya di garapkan dengan baik sekali malah ikatan hubungan di antara keduanya cukup untuk membuatkan penonton menitiskan air mata.

Oh ya ! Berkenaan tuduhan sesetengah pihak kononnya Tanda Putera adalah kempen kerajaan untuk memburukkan parti DAP sebenarnya tidak berlaku.Jika adegan rusuhan dan pergaduhan kaum yang ditonjolkan dalam filem ini dianggap sebagai niat untuk memburukkan DAP , macai pembangkang ternyata silap kerana ianya lebih kepada fakta sebenar tentang apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu.

Malah dalam salah satu adegannya penonton turut di sajikan dengan insiden Mahathir menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman menyatakan rasa tidak puas hatinya sehinggakan Mahathir di pecat daripada UMNO.

Adakah adegan berkenaan Mahathir itu turut menjadi penyebab kepada Guan Eng mahupun macai pembangkang rasa marah ? Rasanya tidak ! Jadi secara mudahnya Tanda Putera bukanlah seperti mana yang di perkatakan oleh puak-puak macai pembangkang di luar sana.  

Ianya sarat dengan mesej bahawa untuk menjadikan Malaysia sebaik hari ini ia memerlukan semangat setiakawan diantara kaum yang ada di bumi bertuah ini.Rasanya mungkin kerana itu yang menyebabkan Guan Eng serta rejimnya cuba untuk menghalang filem ini pada awalnya.

Mereka cuba menghalang mesej perpaduan diantara kaum daripada sampai kepada rakyat di bawah.Selain dari itu mereka juga cuba menghalang rakyat dari mengetahui bagaimana usaha pemimpin berbangsa Melayu seperti Tun Ismail dan Tun Abdul Razak yang bersungguh-sungguh memelihara dan membangunkan negara Malaysia ini di ketahui.

Begitulah Tanda Putera sebuah filem yang rasanya WAJIB untuk mereka yang mengaku bangsa Melayu dan beragama Islam tonton.

Tanda Putera RASIS ? Rasanya Guan Eng dan rejimnya jauh lebih RASIS jika nak di bandingkan dengan filem Tanda Putera.Tak percaya !! Tonton di pawagam berdekatan dengan anda..

MMI

2 comments:

  1. Ada anak cucu cina yg hidup hari ini hasil kerana bapa Dan atok mereka dilindungi Dan disembunyikan oleh keluarga melayu dari dibunuh.

    Mereka berhutang nyawa dng org melayu.

    ReplyDelete
  2. BELUM TENGOK LAGI. JADI TIDAK BOLEH KATA RASIS ATAU TIDAK. TERKILAN DGN SIKAP PEMBANGKANG YG TERLALU MEMPOLITIKKAN FILEM TERSEBUT. DIFAHAMKAN FILEM TERSEBUT LEBIH KEPADA MENONJOLKAN SEMANGAT DAN KETOKOHAN TUN A RAZAK DAN TUN DR ISMAIL. WAJARLAH KITA AMBIL IKTIBAR DARINYA. KEDUA2 TOKOH TERSEBUT ADALAH TOKOH NEGARA DAN BUKAN TOKOH UMNO SAJA. BAKTI MRK DIRASAI OLEH SELURUH RAKYAT . SAYA TAK PAHAM KENAPA PEMBANGKANG SUKA MEMBURUKKANNYA. LEBIH2 LAGI PEMBANGKANG MELAYU. FILEM INI DIKUTUK TAPI.FILEM LAIN YG LAGI TERUK TAK DIHIRAUKAN.

    ReplyDelete

Labels