Followers

Wednesday, 2 October 2013

@azwanbro Untuk Survival Masa Depan Pemuda UMNO #azwan4NKP


Seperti yang di janjikan oleh UMNO , tahun ini semua peringkat parti termasuk sayap-sayapnya akan mengadakan pemilihan bagi menentukan kepimpinan baru bagi penggal 2013 - 2016.Amalan demokrasi yang di jalankan sejak dulu kini di berikan nafas baru oleh pimpinan tertinggi parti apabila telah melakukan pindaan dalam proses pemilihan dengan membuka ruang kepada para ahlinya untuk sama-sama terlibat dalam proses menentukan kepimpinannya.

Dalam sayap pemuda sahaja 85,000 ahlinya akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ini sejajar dengan proses tranformasi parti yang telah di umumkan oleh YAB Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Seperti semua sedia maklum kerusi NKP UMNO Malaysia yang kini di kosongkan oleh penyandangnya Datuk Razali Ibrahim antara kerusi panas yang telah menyaksikan pertandingan beberapa nama besar dalam sayap parti itu.

Antara nama-nama yang di sebut adalah Khairul Azwan Harun , Lokman Adam & Jamawi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Namun dalam pemilihan kali ini para pemuda UMNO perlu benar-benar memastikan calon bagi jawatan NKP yang bakal di gandingkan dengan YB KJ nanti mestilah calon yang benar-benar mampu membantu kepimpinan untuk mendapatkan sokongan anak muda bukan sahaja kepada UMNO tetapi MENGUNDI BN dalam PRU14 yang akan datang.

Ini penting kerana tanpa sokongan dan undi kita tidak akan ke mana !

Oleh kerana itu calon NKP Saudara Khairul Azwan Harun atau azwanbro , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak adalah calon yang paling sesuai untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini.



Berdasarkan rekod beliau sudah pun membuktikan kemampuannya memimpin Pemuda UMNO/BN negeri dan berjaya  membantu mempertahankan kerajaan BN Perak ketika PRU13 yang lalu.

Antara program yang beliau laksanakan untuk mendekati generasi  muda di Perak  ialah BN Youth Town Hall Meeting  di setiap daerah , aktiviti sukarelawan seperti BN Youth Volunteer , Skuad Prihatin Pemuda , Karnival Kerjaya , Perak Muay Thai BN Youth , Program Pemuda Prihatin YBU dan lain-lain .

Selain itu , beliau juga telah berjaya mendaftarkan lebih 14,000 ahli Pemuda UMNO seluruh negeri Perak menjadi pengundi berdaftar yang baru & kesannya semua saluran pengundi 5,6 & 7 di kawasan luar bandar dimenangi BN .

Selain  bidang politik , kepimpinan beliau dalam sukan terserlah apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden PAFA dalam PERAK FA.

Paling penting KHAIRUL AZWAN HARUN @ AZWAN BRO  adalah ZURIAT & DARAH DAGING UMNO.Beliau tidak pernah sesekali  berpaling tadah & mengkhianati perjuangan parti terbesar orang Melayu.  



Bagi MMI mudah selain dari berceramah dan melaksanakan program kita memerlukan pemimpin yang juga punya jiwa dan usaha untuk mengembalikan anak muda ke pangkuan UMNO dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pengundi yang setia kepada parti UMNO dan Barisan Nasional.

Kerana itu Khairul Azwan Harun @azwanbro mempunyai ciri-ciri ini bersesuaian dengan dasar dan prinsip beliau untuk memastikan barisan anak muda yang bakal lahir selepas ini punya zuriat serta darah daging UMNO.

Inilah sebenarnya pemimpin yang perlu di angkat sebagai NKP UMNO Malaysia !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels