Followers

Thursday, 31 October 2013

JOM Layan ELITE !!

Tengah jalan-jalan dalam talian ni tiba-tiba terjumpa klip video yang satu ni , terus klik fuh boleh tahan jugalah !! Pesanan MMI kalau rasa tak boleh tengok jangan tengok na...


Bukan main sakan lagi menari dia !! Cumanya sekarang ni yang sorang tu dah berubah dah dan katanya dah tak buat kerja-kerja macam ni lagi..Alhamdulillah MMI sokong sangat-sangat , dalam dunia ni bila ada orang berubah maka kita kena bagi sokongan tapi teringat pesanan Ustaz Kazim kalau kita nak berubah ianya perlulah di susuli dengan proses mengaji supaya perubahan itu tidak menjadi sebaliknya.



Betullah kata Ustaz Kazim bila kita nak berubah ianya perlu di susuli dengan pengajian bukannya dengan ubah menjadi pengajar orang !!

Mungkin sebab itulah maka Abby kini bukan sahaja tidak di senangi dari kalangan orang-orang politik tetapi di kalangan wartawan juga sudah mula melahirkan rasa kurang senang mereka.


ADOIII…

SAYA kalau boleh tak mahu sentuh apa-apa mengenai pelakon Abby Abadi. Sebabnya... tak dapat apa-apa faedah pun melayan artis ini.

Cuma saya terpanggil untuk menegur Abby selepas membaca laporan mengenai ceramah politiknya di Kampung Dulang Kechil, Yan Kedah pada 26 Oktober lalu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berlangsung pada 4 November 2013.

Dalam ceramah itu Abby berkata gejala maksiat yang berleluasa dalam dunia hiburan tanah air adalah kerana Umno. Parti itu menjadi punca dunia hiburan menjadi sesat.

Saya tergelak seorang diri membaca laporan itu... Dia sesat sehingga ke Sungai Limau untuk meracun fikiran rakyat dengan cerita yang tidak betul.

Abby mendakwa, semasa dia berlakon dulu, dia tak pernah berfikir sangat tentang dosa dan pahala.

Saya percaya, kalau dahulu, Abby memang tidak akan fikirkan dosa dan pahala. Sebab itu dia tak pernah hirau kesalahan yang dibuatnya.

Atas sebab itu juga dia tidak rasa berdosa menyerang dan memalukan suaminya Norman Hakim (sekarang bekas suami) di khalayak. (Saya turut berada sama semasa insiden itu dan sama-sama bersubahat dengan Abby untuk menyerang Norman. Saya harap Norman dapat maafkan saya) 

Sambung baca SINI 

Wartawan sendiri sekarang dah mula balun Abby , sebab apa ?? Kalau ikut Ustaz Kazim kata dia tak mengaji !! Selebihnya ampa pikir sendirilah....

PAS di Sungai Limau mudah saja biarkan si Abby turun ceramah , agak-agak ampa untuk apa ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels