Followers

Friday 25 October 2013

SERANGAN Terhadap MUKHRIZ BUKTI PAS Lacurkan JANJI Sendiri !!! #PRKSungaiLimau


Nampaknya sikap pemimpin PAS semakin galak dan rakus melakukan apa saja untuk memastikan DUN Sungai Limau di pertahankan.Bagi MMI ianya mudah Barisan Nasional sememangnya mengakui bahawa Sungai Limau merupakan kawasan PAS yang sebelum ini di sandang oleh Allahyarham Azizan Razak.

Cumanya dalam pilihanraya kecil kali ini Barisan Nasional meletakkan calonnya untuk menawarkan pilihan kepada rakyat dan pengundi di DUN Sungai Limau dengan matlamat untuk membawa perubahan kepada para penduduk di Sungai Limau.

Pada ketika negeri Kedah kini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional maka sudah pastilah keupayaan dan sebarang gerak kerja yang akan di lakukan selepas ini di bawah Menteri Besar Y.A.B Datuk Padukan Mukhriz Tun Mahathir akan di melibatkan semua kawasan.

Maka sudah tentu pilihanraya kecil ini , BN sebagai kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan DUN Sungai Limau supaya ianya akan lebih memudahkan proses perubahan dan penambahbaikkan yang akan di lakukan oleh kerajaan negeri.

Namun kesan daripada kemenangan Barisan Nasional di negeri Kedah maka pembangkang khsusunya PAS di Sungai Limau merasakan ianya satu tekanan yang amat sangat sehinggakan pelbagai cara dan kaedah yang di gunakan oleh jentera dan pemimpin mereka jauh menyimpang daripada apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Dan MMI suka untuk melabelkan PAS semenjak hari penamaan calon sehingga ke hari ini sudah MELACURKAN janji mereka sendiri malah sampai kepada memutar-belitkan kenyataan yang pernah mereka ungkapkan sebelum ini.

PAS mempertahankan tindakan mereka menyerang kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk menyentuh isu peribadi Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pengarah Operasi PAS PRK Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pendedahan mengenai kelemahan pihak lawan merupakan kaedah 'politik damai' yang diamalkan PAS.

"Saya ingin katakan bahawa politik damai ini bukan bermaksud politik yang tak boleh sentuh atau bangkitkan tentang kelemahan, penyelewengan atau apa-apa yang melibatkan pentadbiran kerajaan.

"Jadi sudah tentulah di samping beritahu dan tawarkan kepada rakyat (mengenai janji PAS), kita juga perlu beritahu bahawa di sana (pentadbiran kerajaan BN) ada kekurangan dan penyelewengan yang boleh merencatkan proses mensejahterakan rakyat Kedah," katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mukhriz yang tidak akan melatah atau terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang menyerang peribadinya sebagai modal kempen.

Kenyataan Mukhriz itu dibuat susulan tindakan pembangkang yang tidak henti-henti menyentuh isu peribadinya termasuk mengenai kekalahannya dalam pemilihan Umno baru-baru ini serta turut mengaitkan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut Amiruddin berkata, PAS akan terus menyerang BN dengan pelbagai isu walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk mengamalkan politik damai iaitu berkempen dalam suasana harmoni.

"Itu (politik damai) tidak menghalang kita untuk terus menyebut (kelemahan). Saya rasa beliau (Mukhriz) harus faham bahawa ini juga adalah politik damai," katanya.sumber

POLITIK DAMAI ?? Ish ish terdesak sungguh puak-puak ni..setakat hari ini sudah banyak kali mereka mendamaikan diri sendiri.Tak percaya baca SINI dan SINI 

Sebelum tu MMI suka nak maklumkan , walaupun serangan di buat terhadap Mukhriz namun ada sesuatu yang harus rakyat negeri Kedah dan Sungai Limau tahu !


Belum pun sampai tempoh setahun Mukhriz menjadi Menteri Besar beliau sudah pun mewujudkan ENAKMEN yang membenarkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman SYIAH di Kedah.

Alo brader sejak PAS memerintah Kedah apa yang pimpinan PAS buat ?? Tak pernah dengar pun tentang enakmen yang semacam ni ?? Atau memang tak mau buat sebab banyak sangat kat dalam tu !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels