Nampaknya puak-puak pembangkang tidak tunggu lama untuk memulakan serangan terhadap kerajaan yang MMI percaya tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk berdepan dengan PRU14.
Selesai sahaja PRK Sungai Limau maka kerja-kerja mendoktrin rakyat di teruskan , perkara pertama kasi hantam agensi kerajaan !
Gerak kerja puak-puak ni dah boleh baca dah , apa yang perlu di lakukan adalah pastikan rakyat terus-terusan membenci kerajaan.Jika sebelum ini puak-puak ni kena getah dek kerana masalah dalaman kini sesuatu perlu di lakukan untuk tarik tumpuan rakyat kepada perkara-perkara lain.
Jika sebelum ni asyik nak mengkritik saja kali ni kritikan itu di perlihatkan seolah-olah mereka jauh lebih bertanggungjawab daripada kerajaan sendiri.
Sibuk sungguh para pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan jumlah anggota polis di negara ini. Secara tiba-tiba mereka menjadi warganegara yang amat memandang berat soal keselamatan di negara ini. Pada masa yang sama, mereka cuba menimbulkan persoalan kononnya perisikan seperti Cawangan Khas hanyalah pembazir wang rakyat dan perlu dilupuskan.
Dendam Pakatan khususnya DAP kepada PDRM dan Cawangan Khas memang mudah difahami. Kerana PDRM dan Cawangan Khas, banyak perancangan jahat yang didalangi oleh DAP berjaya dipatahkan. Dari era komunis sehinggalah era ektremis yang mempersoalkan peruntukan 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia, inilah agensi yang banyak menyelamatkan dan mengamankan negara ini daripada anasir subversif.
Pakatan sedang cuba memberikan gambaran bahawa Cawangan Khas atau SB merupakan pasukan polis perisik yang banyak melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap parti-parti pembangkang. Pakatan mahu para pengikut mereka percaya bahawa PDRM terlalu menitikberatkan politik dan tidak menghiraukan keselamatan rakyat.
Alangkah bodoh dan benaknya mereka ini.
Cawangan Khas bukan sekadar politik malah lebih dari itu. Pasukan yang mencari maklumat tentang kerja-kerja subversif datangnya daripada unit ini. Begitu juga dengan sindiket jwnayah terancang sebelum pasukan penguatkuasa mengambil peranan.
Susupan elemen subversif lebih mudah masuk menerusi parti-parti politik. Seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969, subversif muncul dalam bentuk pasukan parti politik.
Justeru tindakan Pakatan Rakyat yang mula mempersoalkan tentang kewujudan Cawangan Khas sebenarnya sudah pun membayangkan niat jahat mereka agar negara ini 'membuka pintu kota' kononnya bagi mendapat pujian dari luar.
Seharusnya Cawangan Khas bukannya dibubarkan bahkan jumlah keanggotaannya perlu ditambah dan bidangnya dalam pemantauan terhadap mana-mana individubyangvterlibat dalam politik diperluas, diperketat dan tidak langsung diberi ruang.
Tiada satu negara dalam dunia ini yang mengurangkan jumlah anggota perisikan apabila memperkatakan tentang keselamatan kecuali pembangkang di Malaysia.
Tiada mana-mana pihak yang menafikan bahawa jalan masuk anasir subversif adalah melalui jalan politik terutama sekali yang menentang kerajaan melainkan PAKATAN RAKYAT di Malaysia.sumber
MMI cuma nak berpesan kepada semua hati-hati dengan doktrin berterusan ini kerana kesan daripada tindakan sebegitu rupa cukup membahayakan.Tak percaya cuba lihat apabila desakan demi desakan puak pembangkang dan macai-macai mereka supaya Akta ISA di mansuhkan menjadi kenyataan.
Apa berlaku selepas itu ??
Fikir sebaik-baiknya sebelum membuat satu-satu keputusan !!
MMI
No comments:
Post a Comment