Followers

Tuesday, 12 November 2013

Alhamdulillah Masih Ada Mereka Yang Bersyukur Menjadi Rakyat Malaysia


Tersentuh hati MMI apabila membaca posting seorang kenalan di laman facebook yang menyatakan betapa beruntungnya beliau menjadi seorang rakyat Malaysia.

Untuk makluman kenalan ini sekarang berada di luar negara untuk satu tempoh yang agak lama dan membaca postingnya sahaja sudah cukup untuk mengiakan beliau masih seperti mana yang MMI kenali dulu.

Beliau merupakan seorang yang berjiwa kental dan mengenal erti terima kasih malah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan MMI dan mungkin yang di luar sana berasa BANGGA kerana kita punya anak bangsa yang masih setia dengan Negara dan pemimpinnya.

Sekurang-kurangnya hari ini kita tahu ada mereka-mereka di luar sana yang punya semangat PATRIOTIK malah jauh lebih HEBAT daripada segelintir di kalangan kita yang berada di bumi sendiri.

Terima kasih anak BANGSAKU !!

Note : MMI padamkan nama kenalan tersebut sebagai menghormati permintaan beliau.

MMI

1 comment:

Labels