Followers

Wednesday, 13 November 2013

Antara KJ & FAM Ampa SETUJU Dengan Sapa ???


Sebelum pergi jauh lagi MMI nak ingatkan kepada semua yang MMI bukanlah antara mereka yang GILA bola macam peminat-peminat fanatik lainnya.Tapi itu tidak bererti yang MMI tidak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia.

Pertandingan demi pertandingan sebenarnya membuktikan betapa Malaysia sebenarnya memberikan penumpuan yang cukup HEBAT malah jauh mengatasi sukan-sukan lain di Malaysia walaupun ada ketikanya sukan lain jauh mengatasi kecemerlangan sukan bolasepak itu sendiri.

Lihat saja dalam mana-mana pertandingan berprestij sudah pasti pingat-pingat emas akan di sumbangkan oleh sukan-sukan lain kepada Malaysia.Namun ianya tidak bererti bolasepak tidak memberikan sumbangannya.

MMI terpanggil untuk sama-sama memberikan pandangan dalam apa yang di sebut sebagai kemelut di antara Menteri Belia & Sukan dengan FAM.

Dari pemerhatian MMI , sebenarnya ramai di luar sana khususnya peminat mengakui bahawa mutu bolasepak negara mampu di perbaiki dan ianya mampu melonjak jauh dan sampai ke tahap mampu berdiri sama tinggi dengan jaguh-jaguh bolesepak di dunia.

Paling tidak pun setaraf dengan negara-negara di Asia kerana apa yang selama ini di hidangkan kepada peminat jelas ada kepincangannya.

Rata-rata di luar sana menyatakan bahawa sesuatu perlu di lakukan dengan badan induk FAM kerana di sinilah segalanya bermula.Malah sudah ada yang MMI dengar menggesa supaya barisan kepimpinan utama di tukar demi untuk melihat mutu bolasepak negara terus maju.

Tapi sejauh mana gesaan itu di ambil kira oleh pihak FAM , MMI sendiri kurang pasti..

Berbalik kepada kemelut di antara KJ dan badan induk FAM , rasanya ia hanyalah perkara kecil yang tak sepatutnya di jadikan isu.Namun kerana ada SESUATU seperti mana yang di perkatakan banyak pihak di luar sana maka hari ini ia menjadi isu.

Apakah salah sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal sukan di Malaysia KJ menegur FAM tentang penjualan tiket sewaktu Final Piala Malaysia ?

Paling tak boleh blah selepas itu muncul pula Dato Jamal Nasir terus menghentam dengan mempertikaikan kredibiliti pasukan My Team (pasukan KJ) yang hanya mampu bertahan 3 tahun sahaja.

Alo apa kaitan isu penjualan tiket dengan My Team ??? Di sini sahaja sudah nampak bahawa ada sesuatu yang tidak kena sampaikan FAM langsung tidak boleh di tegur !!!!! Apa hal ???

Kerana insiden tersebut maka KJ mengeluarkan kenyataan biarlah urusan itu di selesaikan melibatkan FAM dan Menteri yang bertanggungjawab.

Belum pun reda kekecohan tersebut maka muncul pula seorang penyanyi ni yang bikin ribut dalam twitter Aduhai PANAS PANAS !!


Oklah selingan ja tuh..Apa pun yang berlaku MMI bersetuju dengan tindakan KJ dan setakat ini hanya KJ sahaja yang di lihat mampu membawa perubahan kepada FAM.Ini di akui banyak pihak di luar sana dan sekiranya ada pihak di luar sana selain dari konco-konco FAM yang menolak usaha perubahan ini maka JELAS dan PASTI FAM hanyalah tempat untuk mereka-mereka pertahankan jawatan sesama sendiri.

Sampai bila kita nak lihat perkara sebegini berlaku...


Percayalah untuk memajukan mutu bolasepak negara kita perlukan permainan bolasepak yang tidak di campuri mereka-mereka yang berkepentingan.Jika tidak tak payah cakap tentang Piala DUNIA !!

MMI

4 comments:

  1. ... sekarang ini apa sahaja KJ cakap.. semuanya jadi bahan sindiran atau cemuhan .. tidak seperti zaman pak mentua dulu... kan lumrah alam ..' .. manusia beradab, orang waras hormat, manusia biadab?..' cuba belajar jadi Melayu... 'tarik rambut dalam tepung.. rambut tidak putus, tepung tidak terurai..' mungkin ini petanda awal untuk beliau dan para petualang yang menyokong beliau yang segan jadi Melayu .....

    ReplyDelete
  2. Terpaksa bersetuju dgn KJ sebab meluat bebenor teman dgn FAM tu.... Ate.... Moh le kite sokong KJ he he he!!!

    ReplyDelete
  3. ct tu bodoh takat menyanyi ngan spm...duk diam2 jer jagha laki hang...hang tu mandul...sat gi laki hang tu kawin lain kang....biaq kj buat kerja...fam ni memang bangsat...jadi tu spm buat cara spm yer...biaq menteri buat kerja...ikhtiar macam mana nak bg anak kat datok k...bkn sibuk urusan menteri,,,mandul..

    ReplyDelete
  4. adaakukesah janjilfc 14 November 2013 12:00

    Boleh tak kalau beri komen berhemah sedikit? Anda dengan KJ sama sahaja manusia yang tidak beradab sopan. Bercakap ikut kepala lutut! Ini jenis Melayu murtad kerana kalau Melayu tulen bila bercakap penuh berhemah dan bersopan santun!
    Salah ke CT sebagai rakyat Malaysia memberi pendapat. Adakah CT membela FAM. Tidak kah. Apa yang ditegur CT hanya cara KJ bercakap amat biadap kepada yang lebih tua!.
    Betul CT berkelulusan SPM. SPM, SPM pun CT dikenali ramai, bakat yang ada menyebabkan dia berjaya.
    KJ yang lulus Oxford apa kelebihannya? Banyak yang lulus university, kerja pun belum ada dan tidak siapa peduli!
    Tidak salah orang mengungkit KEGAGALAN My Team walaupun mendapat full support dari PM pak mertua.
    Ini menunjukkan apa hebat KJ sehingga panggil orang 'budak suruhan' sedangkan projek sendiri gagal walaupun diiklan besar besaran di TV3 ketika itu!

    ReplyDelete

Labels