Sekarang merupakan musim cuti sekolah dan sudah tentu selain daripada bercuti ada yang akan mengambil ruang waktu cuti ini untuk melangsungkan perkahwinan.Biasa bagi seorang manusia yang WARAS dan punya pegangan agama perkahwinan itu penting kerana ia bakal mencorakkan kehidupan kita seterusnya.
Cumanya MMI nak berpesan kepada bakal-bakal pengantin supaya lebih berhati-hati kerana di khabarkan sudah ada pihak-pihak tertentu yang akan menjalankan operasi merakam malam pertama pengantin.Tidak dapat di pastikan siapa mereka dan bagaimana modus operandi mereka.
Apa yang pasti ianya di BUKTIKAN dengan gambar di bawah..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nampak tak ?? Kalau tak nampak tu memang betullah sebabnya LAMPU diaorang tutup !! Hihihi
Sorry semua MMI tak bermaksud nak menipu ampa semua , yang sebenarnya MMI nak berpesan kepada anak-anak muda mahupun yang lanjut usia dan akan menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini supaya jalankan ritual kehidupan sebagai suami isteri dalam keadaan seperti mana yang di bolehkan.
Elakkanlah dari budaya merakam yang tak bawa untung tu sebabnya dah banyak kes dan isu gambar-gambar ini kemudiannya terdedah.Masa bikin tak ada hal tapi bila dah tersebar MALU KITA !!
So ampa pandai-pandailah MMI pesan saja , jangan nanti bila tersebar kita terkejut INI GAMBAR AKU !!!! Haaa tak naya ka !!!
Apa pun Selamat Pengantin Baru buat semua yang akan melangsungkan perkahwinan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.Amin.
MMI
Salam ziarah.. hehehe... diorang ni kengkadang suke nak mencuba :)
ReplyDelete