Followers

Tuesday, 26 November 2013

Awat Yang Kelam Kebut Sangat Ni ?!!!

Gambar Hiasan
Fuh !! Tiba-tiba suasana menjadi kecoh , kelam kabut .. katanya si Nuar tu sampai tak mau makan nasi tapi ampa yang kaki penjilat dia jangan risau dia dah makan hot dog lepas maghrib tadi.

MMI pun selidik apa cita ?? Maklumlah sejak petang tadi MMI sibuk sikit , biasalah musim cuti sekolah ni.Selidik punya selidik rupa-rupanya cerita puak Nuar angkat kaki !!!

Kenapa depa angkat kaki ?? Apa sebab ?? Ish Ish Ish ...

Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum yang melantik dirinya sendiri dalam parti PKR.

Gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

Kini parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana sudah muak dengan lakonan parti anak beranak itu.

Mereka yang keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Sebelum ini dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Difahamkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya.sumber 

Oihhh patutlah sampai tak mau makan nasi !! Teringat MMI lagu yang si Nuar suka nyanyi tu Hahahahahaha


Sabaq Non !! Sabaq !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels