Followers

Wednesday, 6 November 2013

DEDAH Amerika Intip Individu Di Malaysia !!


Berita rangkaian perisikan Amerika Syarikat membuat intipan ke atas pemimpin-pemimpin beberapa buah negara, termasuklah Malaysia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kepada kami.

Di lembah Asia, negara pro-Amerika seperti Australia dan sebenarnya Singapura mempunyai instrumen yang sangat berkesan untuk melakukan intipan ke atas negara kita. (Huraian detail kemudian).

Amerika menuduh ejen perisikan Israel iaitu Mossad sebagai dalang di sebalik semua ini. Namun kita harus ingat, FBI dan CIA khususnya mempunyai pelbagai instrumen dan tangan-tangan halus di sebalik semua isu ini, khususnya di Malaysia.

Satu contoh, seorang bekas Pengarah Operasi CIA iaitu (diringkaskan dengan huruf R.B.) mendedahkan penubuhan sebuah NGO yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah operasi covert CIA yang bekerjasama dengan sebuah negara di Timur Tengah.  


CIA pernah bersembunyi di sebalik syarikat petroleum yang berpengkalan di sebuah neggara di Timur Tengah. Nama-nama seperti bekas Ketua Biro Visa Amerika Syarikat di Arab Saudi yang saya sebut Mr. M.S.), Bekas Peguam Persekutuan Amerika Syarikat yang saya ringkaskan sebagai Mr. M.W.) dan seorang ejen CIA yang saya ringkaskan sebagai P.E. Juga Joe Trento (Penulis Buku Sejarah Gelap CIA) adalah individu yang mengetahui cerita di sebalik isu ini.

Gred Palast mendedahkan, selepas peristiwa 11 September 2001, pihak FBI telah menyiasat individu-individu muslim Amerika Syarikat yang dianggap ‘terrorist’. Antaranya Abdullah Bin Laden dan Omar Bin Laden (dari keluarga Bin Laden) yang menetap di 3411, Silver Maple Place, Virginia, Amerika Syarikat.

Walaupun Abdullah Bin Laden disyaki ‘terrorist’, tetapi FBI telah diarahkan oleh Washington untuk menghentikan siasatan mereka tanpa memberi alasan yang konkrit. 

Menurut BBC News, sebuah NGO yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah merupakan projek rahsia di antara Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan sebuah negara di Timur Tengah.

Springman mendedahkan, CIA mengarahkan beliau untuk meluluskan visa-visa kepada kumpulan Islam yang dipimpin oleh Osama Bin Laden, dari sebuah negara di Timur Tengah ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan bersama dengan CIA. 

Selepas itu kumpulan Islam itu dikembalikan semula ke negara Timur Tengah tersebut untuk membantu tentera mujahidin Afghanistan memerangi Rusia. Latihan kumpulan Islam oleh CIA diadakan di Virginia, Amerika Syarikat. 

Anda carilah apakah kaitan Anwar Ibrahim dengan NGO-NGO yang berpusat di Virginia?


NGO-NGO ini telah membantu kepada kumpulan pengganas Hamas pemimpin Khaled Mash'al dalam persidangan globalisasi yang diadakan di Timur Tengah. NGO ini juga membantu membiayai pemberontakan Kashmir menentang India, menyifatkan ia sebagai pembebasan pergerakan.

Selepas peristiwa 11 September 2001, NGO ini telah diletak dibawah penelitian FBI. Kad kredit pakar radiologi, Dr Al Badr al-Hamzi telah ditemui di kalangan harta benda perampas. NGO ini  juga dinamakan dalam tuntutan mahkamah trilion dolar oleh keluarga mangsa 9/11.

Pada bulan Mei 2004 , NGO ini telah beroperasi di luar pejabat Jamal Barzanji, yang terlibat dengan sebanyak tujuh organisasi yang diserbu oleh ejen-ejen persekutuan yang berkaitan dengan pembiayaan pengganas.

Pemimpin Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) termasuk Anwar Ibrahim yang merupakan pengasas IIIT adalah di bawah jagaan NGO ini yang diberikan dana, dimonitor, diremute control, dan sekaligus diintip sepanjang masa oleh CIA.

Pada tahun 2007, pemimpin-pemimpin Indonesia dikatakan diintip oleh CIA dan agensi perisikan Amerika, yang berpusat di Australia. 

Apakah kamu fikir FBI dan CIA tidak mengangggu Presiden negara jiran kita pada tahun 2013 ini?

Kita bersyukur, Allah SWT memelihara kita semasa PRU13 di mana Anwar Ibrahim, manusia yang diikat kakinya, dikunci akalnya, dijel pergerakannya, ditapis mulutnya oleh Amerika/CIA/FBI tetapi akhirnya gagal dan tewas. Maka janganlah kamu terkejut dengan kata-kata di bawah..


Patutlah gedik semacam rupa-rupanya dia ni mesti ada kira-kira punyalah !!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels