Tinggal tak sampai 24 jam bagi seluruh pengundi di DUN Sungai Limau keluar membuang undi bagi menentukan siapa wakil rakyat yang akan mewakili mereka.Dalam kerancakan kempen yang di lihat semakin panas ini sudah pasti setiap parti yang bertanding akan melipatgandakan gerak kerja jentera mereka supaya keputusan memihak kepada parti masing-masing.
MMI yang berada di Sungai Limau juga tidak ketinggalan sama-sama berganding bahu dengan jentera-jentera Barisan Nasional mendekati rakyat serta pengundi kerana melihat kepada perlunya satu perubahan besar di lakukan khususnya kepada rakyat di Sungai Limau ini.
Dalam kesibukan itu pandangan mata ini terarah kepada sekumpulan anak-anak kecil yang sedang mengibarkan bendera parti PAS di tepi jalan yang sesak dengan deretan kenderaan yang masuk dan keluar di Sungai Limau.
Perkara pertama yang bermain di fikiran , kenapakah anak-anak kecil ini di biarkan berada di tepi jalan dalam keadaan sedemikian ? Apakah mereka faham tentang apa yang sedang berlaku ?
Senang cerita mengapa si ibu dan bapa sanggup mempergunakan anak-anak kecil ini demi ketaksuban terhadap parti dan politik ?
Tak terbayang MMI apa akan terjadi sekiranya ada di antara kenderaan yang lalu itu terbabas dan melanggar anak-anak kecil ini ?
Itulah sikap puak-puak PAS bukan soal keselamatan anak-anak kecil ini yang menjadi keutamaan tetapi politik mengatasi segalanya.
Sebentar tadi MMI sempat berbual dengan orang tempatan dan menceritakan tentang perihal tersebut , jawapan mereka mudah dalam suasana kempen di Sungai Limau kali ini yang memperlihatkan kekuatan jentera BN yang begitu kuat maka apa saja yang mampu di gerakkan oleh PAS akan di gerakkan.
Anak-anak kecil dalam gambar di atas adalah sebahagian daripada MANGSA kerakusan politik PAS !!
PAS ternyata semakin terdesak !!
Nantikan artikel seterusnya...
MMI
No comments:
Post a Comment