Followers

Friday, 15 November 2013

Lagi Bantahan Orang Melayu & Islam Terhadap DAP !!


Lagi bantahan secara aman di lakukan oleh orang Melayu di Pulau Pinang selepas solat jumaat tengahari tadi bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara .Bantahan yang di lakukan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatakan ketiadakpuasan hati mereka terhadap cara kepimpinan kerajaan negeri yang di terajui oleh DAP.

Semenjak 2008 DAP memerintah Pulau Pinang , orang-orang Melayu sering kali menjadi mangsa keadaan khususnya dalam urusan melibatkan penguatkuasaan.Malah dalam beberapa keadaan sebelum ini jelas sekali berlaku diskriminasi antara kaum khususnya dalam soal perobohan gerai.

Sehingga artikel ini di tulis keadaan gerai-gerai milik kaum cina yang beroperasi di beberapa kawasan hot spot sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai masih beroperasi seperti biasa.



Selain daripada isu-isu terdahulu yang langsung tidak di endahkan oleh kerajaan negeri , bantahan itu juga menuntut supaya kepimpinan DAP yang selama ini bermulut longkang memohon maaf kepada orang Melayu dan Islam.

Semuanya gara-gara sikap Guan Eng , Tony Phua dan lain-lain yang sering menghina orang melayu dan Islam.Sikap Tony Phua yang pernah menggelar ROS sebagai anjing UMNO benar-benar keterlaluan dan di lihat sebagai BIADAP.

Rata-rata yang di temui melahirkan rasa benci mereka dengan kepimpinan DAP yang cukup rasis selama ini dan bercakap tak serupa bikin.


Malah dalam isu kalimah Allah jelas sekali dapat di lihat bagaimana DAP antara penyokong kuat kepada gerakan dari pihak gereja dalam usaha mereka menuntut penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.Ini membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati berterusan orang-orang Melayu dan Islam khususnya di Pulau Pinang.

Kepimpinan DAP di lihat tidak menghormati institusi agama Islam yang menjadi pegangan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini.Tindakan DAP yang bersekongkol dengan rakan dalam Pakatan Haprak cukup mengecewakan orang-orang Melayu khususnya yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam.

Baca SINI & SINI 

Apakah puak-puak DAP akan melihat desakan dan bantahan seumpama ini sebagai suara rakyat ??

MMI rasa tidak dan sudah pasti mereka akan terus dengan sikap memekakkan telinga seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

Paling malang apabila ada puak-puak yang mengaku Melayu dan pejuang Islam turut bersekongkol dengan mereka.

Itu HARAM JADAH namanya !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels