Followers

Friday 8 November 2013

Lagi LAKONAN Super RETORIK PAS Terhadap DAP !!!


Nampaknya semakin banyak pelakon-pelakon baru muncul dari kem PAS khususnya bagi mengaburi mata rakyat tentang gesaan Karpal Singh supaya pertubuhan mahupun parti politik yang berasaskan kepada kaum dan agama di batalkan.

Jika sebelum ini ketua penerangan PAS Pusat menjadi pelakon pertama yang muncul ( Baca Sini ) kini pemuda PAS Selangor pula mula membuka mulut.Aksi bertenaga sudah mula di pamerkan kepada khalayak dan sudah tentu rata-rata macai PAS turut sama melahirkan rasa lega kerana sudah ada beberapa orang pemimpin mereka yang kini tampil mempertahankan perjuangan songsang parti PAS.

Agak aneh sekali dalam isu kalimah Allah boleh saja puak-puak ini diam malah menyokong pula penggunaan tersebut oleh bukan Islam tetapi dalam soal Karpal mahu membatalkan parti yang berasaskan bangsa dan agama bukan main lagi menggila mereka di pentas-pentas politik.

Lebih menarik lagi kini lakonan di pentas opera PAS sudah mula di sambut oleh seorang lagi pelakon baru yang kini sedang berjinak-jinak dengan dunia lakonan Pakatan Haprak.

Siapa lagi kalau bukan Kit Siang manusia yang bertanggungjawab dalam  kejadian 13 Mei 1969.

Bertindak untuk menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.

Tambah membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.

Tambah membimbangkan Kit Siang ialah, kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media.Baca Selanjutnya 

Nampak tak bagaimana lakonan mereka ?? Pentas itu sebenarnya sudah tersedia manakala pelakonnya hanya mengikut skrip sahaja.MMI yakin dan percaya selepas ini dengan sedikit lagi campur tangan pemimpin tertinggi PAS dan di sulam pula dengan peranan pemimpin tertinggi DAP yang di pilih hanya oleh 20 anggota CEC sudah pasti ianya akan SELESAI.

Kalau nak bagi umphh sikit lagi masuklah pelakon tambahan si Nuar tu maka habislah di canang ke seluruh negara bahawa dasar ukhuwah yang di bawa dalam Pakatan Haprak menjadikan isu ini mampu di selesaikan.

Yang orang atau rakyat tak tau , puak-puak tu dok pakat-pakat berlakon baikkkkk punyaaa !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels