Secara ringkasnya kalau di bandingkan di antara Marina dan Tun Mahathir sudah tentu jauh benar bezanya.Tun Mahathir tokoh negarawan yang sudah membuktikan taat setianya bersama Bangsa , Agama dan Negara malah sejak memimpin Malaysia rasanya tidak perlu di pertikaikan lagi tentang kudrat dan perjuangannya mengangkat anak bangsa serta negara mencapai apa yang kini telah di capai.
Jika di ukur tahap perjuangannya pula rasanya sudah banyak yang di korbankan beliau malah sampai ke tahap menjadi mangsa pihak-pihak yang tergugat dengan keberaniannya membela nasib rakyat dan negara-negara dunia ketiga berdepan dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Seorang pemimpin yang punya cara tersendiri malah di segani oleh banyak pihak sama ada di luar mahupun dalam negara.
Marina pula adalah seorang aktivis yang punya prinsip perjuangannya yang tersendiri dan lahir dalam sebuah keluarga yang amat di segani oleh rakyat Malaysia.Walaupun di besarkan oleh seorang negarawan bernama Tun Mahathir , Marina ternyata tidak memiliki ciri-ciri seperti mana bapanya.
Walaupun Marina tahu bapanya adalah seorang pemimpin ulung dan telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara beliau tetap dengan cara dan pemahamannya yang tersendiri.Dari gerak kerjanya jelas wanita ini memilih pendekatan berbeza yang sebenarnya meletakkan beliau dalam acuannya yang tersendiri.
Acuan yang MMI maksudkan adalah menentang perjuangan yang di sokong oleh bapanya !
Adakah Marina antara wanita Melayu moden yang memilih untuk berjuang tentang hak manusia tanpa mengambil kira soal budaya dan agama atau Marina sebenarnya keliru dengan perjuangannya sendiri ??
Marina Mahathir Yang Keliru
Apabila kita merasa diri kita terlalu hebat, maka kita akan secara tidak sedar telah menutup ruang untuk menerima ilmu baru. Apabila ruang untuk menerima ilmu tertutup, apa yang belaku ialah pengetahuan kita menjadi terhad, yakni tidak mampu berkembang.
Akibatnya, kita kekal di takuk yang sama dan tidak mampu melihat sesuatu itu secara meluas dan mendalam dari sudut-sudut yang berbeza.
Inilah yang berlaku kepada Marina Mahathir.
Marina yang membesar di luar negara dan di kelilingi berbagai bangsa dari berbagai agama, merasakan yang beliau sudah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai hidup berbanding orang lain yang terikat pada nilai bangsa dan agama masing-masing. Marina percaya bahawa keterbukaan adalah sama dengan kebijaksanaan.
Lebih terbuka seseorang, lebih bijak dan lebih baiklah orang itu, mengikut logik fikirannya.
Oleh kerana itu, Marina memandang tinggi kepada cara hidup barat dan merasa yakin bahawa cara hidup sebegitulah yang terbaik. Sampai ke satu tahap, Marina gagal membezakan baik dan buruk kerana terlalu menyanjung barat.
Seorang yang bijak pasti tahu bahawa dalam setiap sesuatu di dunia ini, pasti ada baik buruknya. Yang baik mengenai barat adalah ilmu dan tamadunnya (yang mana diwarisi dari tamadun Islam) dan yang buruk mengenai barat ialah kurangnya nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Walaupun barat kononnya menjuarai hak asasi manusia, tetapi barat juga telah merendahkan nilai diri seorang manusia dengan menerima nilai-nilai kebinatangan yang berkiblat kepada nafsu.
Malangnya, Marina mengambil semuanya secara borong dengan menganggap semua mengenai barat itu adalah baik dan semua yang tidak kebaratan itu sebagai tidak baik dan mundur.
Jelas, Marina telah tidak mewarisi walaupun sebesar hama dari kebijaksanaan bapanya.
Hari ini, Marina berdiri atas platform hak asasi manusia dan hak asasi wanita melalui berbagai-bagai NGO. Antaranya ialah Sisters in Islam (SIS).
Marina pernah dijemput merasmikan program Seksualiti Merdeka pada tahun 2011 bagi mempromosi seks songsang sebagai hak asasi.
Apabila program tersebut dikecam hebat, Marina tampil membelanya dengan menafikan ia sebagai pesta seks tetapi Marina gagal memahami bahawa kecaman tersebut ditujukan kepada perlakuan songsang atau luar tabie yang menyalahi fitrah semulajadi manusia serta bertentangan dengan agama.
Keterbukaan fikiran Marina nampaknya tidak mampu membantunya mengemukakan hujah balas yang bernas. Perkara yang sama berlaku apabila Marina dikecam oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengenai isu tuntutan COMANGO.
ISMA baru-baru ini mengedarkan risalah yang memaparkan ‘dalang’ di belakang COMANGO berdasarkan kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah SIS yang menjadi sebahagian dari watak utama dalam tuntutan itu.
Marina bagaimanapun, menafikan yang beliau terlibat dengan COMANGO dan mengugut akan menyaman ISMA. Penafian Marina menyebabkan ramai yang keliru termasuk penyokongnya sendiri.
Marina telah menyatakan secara terbuka pendiriannya mengenai seks songsang atau LGBT dan Marina juga pernah membuat kenyataan yang menggambarkan beliau menyokong murtad di dalam salah satu tulisan beliau sepertimana petikan berikut:
“Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah.
Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.”
Dua perkara ini, iaitu LGBT dan murtad, merupakan antara tuntutan COMANGO yang menjadi isu utama yang mengundang kecaman hebat terutama dari ISMA.
Justeru kita tidak faham kenapa apabila dikecam oleh ISMA, Marina enggan mengaku menyokong atau pun terlibat dengan COMANGO pula. Jika ditafsirkan dengan ringkas, kenyataan Marina bolehlah ditulis seperti berikut:
“Marina sokong LGBT dan murtad tetapi Marina tak sokong tuntutan COMANGO.”
Sudah tentulah kenyataan ini bersifat kontra dan tidak masuk akal sama sekali.
Kini terserlah sudah bahawa Marina adalah seorang manusia yang keliru seperti juga para pengikutnya.Baca Selanjutnya
Dan rasanya tak salah kiranya MMI katakan MARINA adalah salah satu contoh WARISAN WANITA MELAYU yang sebenarnya TEWAS kerana keterbukaannya yang terlalu mengikut rencah dunia.
Psst benarlah kata orang tua-tua dalam setandan pisang tak semuanya elok !
MMI
No comments:
Post a Comment