Followers

Tuesday, 12 November 2013

Muktamar PAS , DAP Yang Tak Senang Duduk ?!


Sudah ada cakap-cakap yang puak-puak DAP sekarang ni tak senang duduk kerana muktamar PAS yang akan berlangsung tak lama lagi.Cumanya agak pelik sikit yang nak bersidangnya PAS tapi kenapa pula DAP yang sibuk-sibuk kan !!

Rasanya dah ramai yang sedar tentang perkara ni , sebenarnya DAP dah lama pun meletakkan orangnya dalam parti PAS ini bagi memastikan rangkaian yang di bina bersama Pakatan Haprak dapat di pelihara.Mudah cakap apa sahaja yang berkaitan DAP walaupun ianya akan sedikit memanaskan hati puak-puak PAS akan cepat di sejukkan dengan wakil DAP.

Siapa wakil tu ?? Ish buat-buat tak tau pula Mr Sabu lah siapa lagi..

Sejak 2008 yang lalu inilah orangnya di jaga dengan rapi oleh DAP di Pulau Pinang bak menatang minyak yang penuh.Daripada seorang pemimpin biasa yang kuat buat fitnah kemudiannya bertukar menjadi seorang pemimpin yang punya segala-galanya.

Bayangkan sebuah parti yang mengaku kononnya perjuangkan Islam pun para perwakilan PAS dari seluruh negara telah memilih Mr Sabu sebagai orang nombor 2 dalam parti.

Siapa Mr Sabu ulama ka ?? Atau tujuannya nak menyeimbangkan antara ulama dengan liberal ???

Hahahaha agak-agak la bro !!Selama ni tak pernah imbang pun ..

Kini Muktamar kembali lagi dan sudah tentu kerusi untuk Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru.Pertandingan di antara Mr Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah , Timbalan Menteri Besar Kelantan yang sudah tentu menyebabkan kem Mr Sabu dan sekutu-sekutunya sedikit "stress".

Suara-suara untuk mengembalikan ulama sebagai pemimpin parti kini semakin kuat dan sesuatu harus di lakukan oleh puak-puak liberal ini untuk mempertahankan ruang mereka.Peluang yang selama ini dalam genggaman kini sudah mula di ganggu mereka-mereka yang punya potensi besar untuk merampas segala yang kini di miliki mereka.

Dalam masa yang sama sudah tentu DAP juga mengikuti perkembangan ini dengan penuh minat kerana pelaburan yang telah di buat bukan calang-calang dan sudah semestinya pelaburan itu mengambil kira sejauh mana peranan si tuan tubuh !!

So apa pun kita tunggu tengok keputusan pemilihan nanti , apakah akan ada perubahan dalam parti yang selalu mengaku pejuang Islam ni .. 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels