Followers

Sunday, 17 November 2013

NASI GANJA Wanita Mohon MAAF Sebar FITNAH !!

Gambar Hiasan
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, setelah didakwa menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown. 

Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut. 

Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut. 

"Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu. 

"Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah 'print screen' status saya itu lalu menyebar luaskan," katanya. 

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam. 

Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka. 

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. 

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. 

MMI kata kot ya pun kedai tu kena tutup sebab kotor , kita jangan lah pula sampai ke tahap GABAN nak tolong sebar FITNAH dengan orang !! Tak baik tu ...

MMI

1 comment:

  1. Aku cadangkan supaya peniaga tersebut mengambil tindakan undang undan terhadap wanita tersebut ......

    ReplyDelete

Labels