Followers

Sunday 17 November 2013

Kepada Pihak Yang Cuba Ingkar Titah Sultan Selangor ~ JATI Beri AMARAN !!

Sehingga artikel ini di tulis sudah terdapat suara-suara sumbang malah mungkin songsang pihak-pihak tertentu yang nampaknya ingkar dengan titah Sultan Selangor supaya semua pihak khususnya rakyat di negeri Selangor , tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.


Serentak dengan itu maka JATI memberikan AMARAN kepada mana-mana pihak supaya tidak bertindak mempertikaikan titah Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Setiausaha Agung Jalur Tiga (JATI), Norman Toha berkata pihaknya akan membuat laporan polis jika masih lagi terdapat suara-suara pertikaian mengenai isu tersebut.

"Kami (JATI) memberi amaran khususnya kepada rakyat di Selangor, yang mempertikaikan titah, kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis. Baginda bertitah dan ia adalah arahan di mana sifatnya sebagai Ketua Negeri Selangor, Ketua Agama dan payung kepada rakyat di Selangor," katanya kepada pemberita di dalam sidang media semalam.

Hadir sama Presiden JATI Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dan Timbalannya Datuk Aidit Ghazali.

Selain itu Norman yang juga merupakan ahli PAS Kuala Selangor turut memberitahu pimpinan PAS kini mula merasakan kebimbangan berikutan kemerosotan kerusi dan undi terutamanya dikalangan orang Islam dan Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

"Sudah wujud kebimbangan dikalangan pimpinan parti, apakah PAS semata-mata dijadikan alat untuk gabungan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara," ujarnya sambil melahirkan keyakinan resolusi mengkaji semula kedudukan PAS dalam PR akan diketengahkan pada muktamar parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pada itu Norman juga mengatakan PAS perlu terus berusaha dalam hal berkaitan perlaksanaan hukum Islam yang merupakan salah satu agenda utama parti itu sejak ditubuhkan. Jelas Norman, sistem kehakiman di negeri Kelantan telah menyatakan kesediaan mereka cuma ia bergantung kepada keputusan orang politik di Dewan Undang Negeri (DUN) ataupun pentadbir.

"Apabila ketua mahkamah syariah Kelantan mengatakan sudah bersedia , dari segi prasarana sudah ada, cuma kekurangan hakim dan ia perlu dilantik kerajaan negeri, namun ini tidak dipersetujui Pengerusi DAP Karpal Singh," katanya.

Justeru itu Norman yang mula menceburi politik PAS sejak tahun 1993 berkata PAS perlu mengambil jalan berpisah dengan gabungan DAP jika benar-benar memandang serius perlaksanaan sistem kehakiman berlandaskan syariat Islam.

"Jika tidak rakyat akan yakin bahawa PAS hanyalah parti retorik," tegas beliau.sumber 

MMI bersetuju dengan tindakan daripada JATI dan di harapkan pihak yang berwajib bersedia untuk melakukan sesuatu memandangkan kini sudah ada pihak-pihak di luar sana yang telah menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan titah Sultan Selangor. Baca Sini 

Malah kita belum lagi mendengar apa yang akan di cetuskan oleh puak-puak pembangkang khususnya yang bertebaran di Selangor kerana mereka adalah penyokong tegar kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam ! Baca Sini 

Apa pun JATI sudah menyatakan pendirian dengan memberikan AMARAN , UMNO bila lagi ?? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels