Followers

Saturday 16 November 2013

OO Rupa-Rupanya SUPERMAN Dari FILIPINA ?!!


Superman nama satu watak superhero yang menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia di kesan benar-benar wujud.Bagaimanapun Superhero ini di kesan di negara Filipina dan bukan dari negara watak tersebut di cipta.

Apakah kewujudan Superman ini sama seperti Superman yang kita lihat di komik dan filem sebelum ini ? Apakah beliau mempunyai kuasa superhero dan mampu terbang ?

Untuk makluman Superman di Filipina ini bernama Herbert Chavez dan bukannya Clark Kent seperti mana yang sering di hidangkan kepada kita.

Ceritanya seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya. 


Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent. 

Herbert Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen. 

Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Herbert Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka. 

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.

Sama tak ????

Macam-macam cara manusia ni kan ? Kalau dah minat tu apa sahaja pun sanggup asalkan hati puas ! Tapi dalam hal ni MMI puji juga budak ni sebab selain dari jadi Superman dia ada niat nak buat benda baik dekat budak-budak.

Jangan makan budak sudah !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels