Followers

Thursday 14 November 2013

Rock Paling Mantop Ampa Kena SOKONG Depa Ni !!!

Gambar Hiasan
MMI percaya ramai di luar sana yang masih meminati muzik rock kan ?? Waktu era rock dulu ramai anak muda yang terlibat dalam industri muzik ni sama ada secara langsung mahu pun secara kecil-kecilan.Hihi MMI antara yang kecil-kecilan nilah.

Seperkara yang harus dan WAJIB kita tahu adalah mat-mat rock ni sebenarnya KREATIF dan mereka punya SEMANGAT JUANG yang TINGGI.Maklumlah waktu mula-mula kemunculan muzik rock dulu negara kita ni tak lah sehebat sekarang , dulunya ramai di kalangan kita ni yang tak semewah sekarang.

Jadi apabila muzik rock dah menjadi sebahagian daripada JIWA maka bermacam-macam cara dan ragam mat-mat rock ni.Ada yang hanya menjadi peminat muzik ,ada yang menjadi pemuzik itu sendiri , ada yang menjadi pengumpul barang-barang rock seperti baju dan lain-lain malah kalau nak cita macam-macam lagilah.

Apa pun MMI terpanggil untuk menulis tentang sekumpulan anak muda ni yang punya bakat dan semangat yang tinggi dalam bidang muzik.Malah usaha yang telah di buat menyebabkan MMI teringat zaman muda-muda dulu.

Yang pastinya ramai di kalangan anak muda di bandar-bandar hari sukar sekali untuk berjumpa dengan mat-mat rock semacam ni sebabnya tak ramai yang betul-betul punya SOUL brader !!

Jom layan band ni ..



Terbaikkan ?? Steadykan jamming dekat tepi rumah ja siap belakang reban ayam lagi .. Apa yang penting ?? Janji ROCK !!

Khas buat kawan-kawan rock sezaman LOVE U ALL !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels