Followers

Tuesday 24 December 2013

@AzeezPutera & Tabung Haji Di FITNAH Gara-Gara Bantu Mangsa Banjir Di Pahang


Barangkali kerana sudah tidak punya alasan lagi untuk memburukkan UMNO dan pemimpinnya , maka puak pembangkang kini menjadikan makanan rutin mereka FITNAH sebagai "platform" untuk menghentam Dato Azeez Rahim Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia merangkap Ahli Parlimen Baling.

Tindakan seorang penjilat tegar pembangkang yang menggunakan akaun facebook bernama Zack Rahim bukan sahaja merupakan FITNAH tetapi hasutan untuk membangkitkan sentimen kebencian orang ramai khususnya orang-orang Melayu dan Islam terhadap Dato Azeez dan Tabung Haji.


Sebelum mengulas lebih lanjut , MMI ingin mengajak semua untuk melihat kembali kepada kejadian bencana alam yang berlaku di negeri sebelah pantai timur yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat Malaysia menjadi mangsa.

Malah rata-ratanya mengalami kehilangan harta benda yang amat teruk sekali dan ini dapat di sahkan oleh mereka-mereka yang hadir ke kawasan terlibat.MMI yang turut berkesempatan menaburkan bakti di salah satu kawasan terlibat juga sedar bahawa mangsa banjir ini amat-amat memerlukan bantuan dari semua pihak.Baca Sini 

Justeru itu Dato Azeez Rahim melalui Kelab Putera 1 Malaysia sudah pasti adalah sebahagian daripada jentera utama sebenarnya yang turun ke kawasan bencana memberikan bantuan serta pertolongan kepada mangsa dan penduduk.





Untuk rekod kelab Putera 1 Malaysia merupakan ENTITI yang langsung tiada kena mengena dengan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Sumbangan yang diterima oleh Kelab berkenaan adalah dari sumbangan orang ramai dan syarikat individu . Sebelum Dato' Azeez memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji lagi beliau sudah pun terlibat secara khusus menjalankan misi bantuan melaui Kelab Putera 1 Malaysia sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

Tidak timbul isu di sini khususnya berkenaan tuduhan fitnah daripada Zack Rahim kononnya Dato' Azeez menggunakan dana Tabung Haji sesuka hati beliau bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Malah mungkin Zack Rahim atau macai penfitnah tegar Pakatan Haprak ini tidak tahu tentang prosedur dalam satu-satu agensi sebesar Tabung Haji kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Tabung Haji perlu mendapat keLULUSan lembaga pengarah. 

Ini bermakna Pengerusi Tabung Haji tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memluluskan sebarang pengeluaran wang dan ini adalah prosedur yang ditetapkan oleh Tabung Haji serta mana-mana agensi dibawah Kerajaan. 

Nampak sangat niat Zack Rahim tidak lebih daripada menimbulkan persepsi melalui fitnahnya dengan niat yang tidak baik.

Seperkara yang harus diingat tuduhan Zack Rahim itu amat berat apatah lagi ianya melibatkan agensi Tabung Haji yang sudah pasti akan mampu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak di luar sana selain daripada FITNAH terhadap Dato' Azeez Rahim sendiri selaku Pengerusi Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Untuk itu MMI sarankan kepada Zack Rahim sila buat laporan kepada pihak berwajib sekiranya beliau punya BUKTI di atas tuduhan yang dibuat dan sekiranya tidak , silalah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dato' Azeez dan Lembaga Tabung Haji serta menarik balik kenyataan FITNAH di laman facebook milik beliau.

Dato' Azeez sendiri di khabarkan tidak akan teragak-agak untuk MENYAMAN Zack Rahim sekiranya beliau GAGAL berbuat demikian.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels