Gambar Hiasan |
Sebelum ampa semua baca selanjutnya suka untuk MMI nyatakan artikel ini barangkali tidak akan di persetujui oleh kebanyakkan mereka di luar sana.Namun MMI memilih untuk terus menulis kerana kita kadang kalanya suka untuk memberontak pada setiap perkara yang di lihat tidak menguntungkan kita.
Pasti banyak pihak sedar bahawa bersyukur di atas setiap pemberian itu adalah satu perkara paling baik yang seharusnya ada dalam diri setiap insan khususnya mereka yang beragama Islam.Malah MMI yakin kepada mereka yang menganuti agama lain juga punya pendapat yang hampir sama.
Cuma MMI tak pastilah mereka-mereka yang mengaku tidak punya agama.Bukan berniat menidakkan mana-mana pihak tetapi kalau dalam bab pegangan agama pun mereka boleh menolak kesemuanya mana mungkin orang-orang seperti ini punya tanggungjawab ?
HAK ?? Ya MMI akui setiap dari kita punya HAK tetapi biarlah hak yang di perjuangkan itu punya asas kerana tanpa asas ianya ibarat kapal tanpa nakhoda yang akan belayar ke mana-mana sahaja dan karam di tengah lautan di pukul ombak besar.Sudah tentu yang di SALAHkan adalah ombak besar sedangkan hakikatnya kejadian tersebut berlaku kerana tiada nakhoda.
Inilah yang berlaku dalam kebanyakkan dari kita hari ini yang lebih suka meletakkan sesuatu kesalahan itu kepada orang lain sedangkan hakikatnya kita punya kelemahan.
Namun sebagai insan yang punya pegangan agama kita di ajar serta di bekalkan dengan ILMU bukan sahaja sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian tetapi juga sebagai ASAS paling penting khususnya apabila kita di timpa musibah.
Malah bagi mereka yang berpegang kepada pegangan ini sudah tentu memahami erti SYUKUR dan ianya pasti akan membimbing kita ke jalan yang jauh lebih baik.
Hari ini rakyat Malaysia kebanyakkannya mengeluh tentang pelbagai perkara khusunya tentang kenaikan kos-kos tertentu oleh kerajaan yang sudah tentu akan menyebabkan rakyat sedikit sebanyak terbeban dengannya.
Namun pernahkah kita melihat kembali kepada sejarah bahawa kerajaan inilah sebenarnya yang telah membawa rakyat Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan ?
Sedarkah kita bahawa setiap sedutan minuman "Ice Blended" yang kita beli dari kedai-kedai minum eksklusif itu bermula daripada gerai pondok yang berbumbungkan atap nipah ?
Tahukah kita bahawa setiap suap nasi yang kita makan di restoran-restoran mewah itu bermula daripada periuk tanah yang kebanyakkan merebus ubi kayu satu ketika dulu ?
Apa kita lupa puak-puak cauvinis hari ini yang bertali leher itu bermula daripada mereka yang bermain dengan minyak hitam membaiki basikal dan mereka yang berselut di lombong-lombong bijih ?
Atau kita sebenarnya terlupa peguam-peguam berbangsa India itu bermula daripada setitik susu getah di kebun-kebun getah ??
Terlupakah orang Melayu hari ini yang sibuk dengan kayu Golfnya satu ketika dulu bermula sebagai petani dan nelayan ??
Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah merasa semua itu kerana ia berlaku sejak puluhan tahun dulu dan pasti generasi hari ini kebanyakkannya lahir dalam suasana yang jauh lebih baik.
Barangkali kerana itulah maka apa yang sedang berlaku kini di rasakan sebagai satu beban yang teramat sangat kerana kebanyakkan dari kita hari ini sudah BERJAYA.
Lihat saja rumah-rumah kediaman hari ini , sesetengahnya kalau di bandingkan dengan suatu ketika dulu sudah tentu akan di anggap sebagai dewan atau masjid.
Begitulah berubahnya Malaysia dan semua itu berlaku kerana kita punya kerajaan yang sebenarnya sentiasa bekerja untuk melihat rakyatnya punya kehidupan yang terbaik.
Namun kita sama sekali tidak boleh mengelak hukum alam apatah lagi lari daripada ketentuan Allah swt.Dalam soal ini kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku itu punya alasannya yang tersendiri.
Pada ketika ada pihak yang kurang senang dengan beberapa cadangan daripada kerajaan untuk menaikkan kos , kita perlu akui bahawa kerajaan sentiasa menyalurkan SUBSIDI kepada rakyatnya.
Apakah tujuan pemberian subsidi tersebut jika bukan untuk kebaikan rakyat ??
Berbilion ringgit di belanjakan untuk rakyat setiap tahun semata-mata untuk melihat rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mendapat manafaat darinya.
Kita seharusnya bersyukur kerana di kurniakan sebuah kerajaan yang bersedia untuk mengaku kepada rakyat apabila negara berada dalam keadaan yang kurang baik.MMI yakin ramai di luar sana telah sedia maklum bahawa kerajaan telah menyatakan bahawa bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh maka beberapa cadangan dan dasar akan di laksanakan bagi menjamin kedudukan ekonomi yang berdaya tahan dan mampu memberikan pulangan yang terbaik bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyatnya.
Percayalah tidak guna rakyat di selesakan sekiranya negara sedang merundum teruk kerana kesan jangka panjangnya sudah pasti akan mengakibatkan rakyat menjadi MANGSAnya.
Maka dalam situasi hari ini , MMI rasa boleh sahaja pemimpin utama negara untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan yang mereka mahukan dan bila sampai masanya letak jawatan dan serahkan kepada puak pembangkang yang di lihat terlalu bernafsu itu.
Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku selepas itu ?? Bagaimana dengan nasib rakyat ??
Tukar kerajaan sekarang ?? Apa anda yakin dengan perubahan kerajaan hari ini akan memberikan kelebihan kepada negara untuk bersaing dan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara ??
Sebagai contoh lihat sahaja negeri-negeri yang di tadbir pembangkang , Pulau Pinang apakah hak orang Melayu di bela ? Selangor kenaikan cukai yang cukup tinggi apakah itu tidak membebankan rakyat ? Kelantan sejak puluhan tahun apakah capaian ekonominya setaraf dengan negeri-negeri lain ?
MMI tidak melihat perubahan-perubahan itu MAMPU menyelesaikan apa yang kini sedang di usahakan oleh kerajaan sedia ada dan seharusnya usaha lebih terarah kepada memberikan cadangan serta usaha sama untuk membantu negara mencapai kejayaan memperkukuhkan kedudukan ekonomi bukan dengan mengajak rakyat supaya turun ke jalanraya.
Ya ada pihak bertanya mengapa rakyat di jadikan mangsa ??
Ada 2 persoalan yang MMI ingin kongsikan dengan semua...
Pertamanya apakah rakyat menjadi mangsa kerakusan kerajaan atau mangsa politik mereka yang sebenarnya punya agenda tertentu ?
Keduanya adakah rakyat benar-benar menjadi mangsa hari ini ??
MMI
No comments:
Post a Comment