Followers

Friday 3 January 2014

BAU BUSUK Itu Semakin Kuat , SPRM Mula Siasatan ??!


Nampaknya kesan daripada sikap bermewah yang di tunjukkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan ketua menteri Guan Eng kini telah mendapat respon yang pelbagai dari banyak pihak.Rata-rata yang mengikuti isu ini tahu bahawa ada sesuatu di sebalik pembelian kenderaan tersebut.

Namun seperti biasa bau yang semakin kuat itu cuba di tutup oleh Guan Eng dengan menyatakan bahawa kenderaan tersebut di beli oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan untuk kegunaan ketua menteri.

Jadi ini bukan soal Guan Eng tapi soal kerajaan negeri dan juga ketua menteri.

Kepala hotak ang !! Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah siapa bro ?? Ketua Menteri sekarang siapa ??

Nak perbodoh budak-budak tadika boleh .. Apa Guan Eng ingat rakyat ni bodoh sangat ka ??

Yang pasti bau yang semakin membusuk itu kini mendapat perhatian pihak berwajib. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut. 

Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Lim Guan Eng sebelum ini telah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 termasuklah untuk Lim sendiri. Bagaimanapun kereta untuk kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang setelah pembelian Mercedes Benz dilakukan.

Untuk rekod kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan.

Kita tunggu tengok siasatan SPRM , apa jua keputusannya kita terima lagi pun MMI yakin rakyat bukan marah sebab Guan Eng nak naik kereta mewah tapi rakyat mushkil sebab pembayaran tu nampak macam ada kira-kira sikit.

MMI dah kata dah .. Keluar ja berita pembelian tu MMI dah mula bau busuk dan mula fikirkan mesti ada bangkai di mana-mana.

Ok senang cita kita tunggu tengok bangkai tu macam mana ... sebab kena penyakit keturunan ka atau sebab kena langgar kereta !!!

Soalnya sekarang apakah SPRM benar-benar membuat siasatan ??

Chow ...

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

3 comments:

  1. Macam cerita Khir Toyo aja. Cuma bendanya yg berlainan.

    Khir Toyo beli rumah dpt discount begitu juga LGE beli kreta dpt discount hingga rm100,000.

    Kalau kita beli kreta paling banyak discount rm2000. SPRM kena siasat supaya berlaku adil kepada Khir Toyo.

    Aku bukanlah penyokong Khir Toyo tapi kita mesti berlaku adil.

    ReplyDelete
  2. LGE akan jawab mana ada kita buat itu sumua. kita DAP bersih ma ... dan semua pencacai akan percaya serta sokong tokong ni

    ReplyDelete
  3. Sprm mana ada teloq.

    ReplyDelete

Labels