MMI tak pernah peduli pun sapa-sapa nak beli kereta sama ada kecil atau besar kerana setiap pembelian itu sudah semestinya punya alasan tertentu.Cumanya bagi orang kebanyakkan rasanya mereka membeli mengikut kemampuan masing-masing.
Begitu juga dengan syarikat-syarikat yang membekalkan kenderaan kepada pekerja-pekerjanya setaraf dengan kemampuan dan sumbangan yang mereka berikan kepada syarikat.
Dalam masa yang sama pemimpin politik nak pakai kereta apa sekalipun pakailah cuma dalam kes pembelian melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang ni MMI nampak macam ada yang tak kena.
Belum mencecah 2 bulan pembelian kereta Camry oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tiba-tiba si Guan Eng Ketua Menteri ni beli pula kereta baru khusus untuk ketua menteri katanya.
Tak ada hal lah kalau nak pakai lori balak sekalipun tapi dalam tempoh masa 2 bulan kemudian bertukar pula kepada Mercedes ni aiii hebat ni..
Perkara pertama yang MMI pelik ni sebab harganya !
Kalau diikutkan daripada apa yang di maklumkan harga pembelian kereta mercedes Guan Eng yang baru ni , diskaun saja lebih daripada apa yang di bayar.
Harga sebenar kereta tu adalah RM657,218.00 setelah di tolak diskaun dan sebagainya kerajaan negeri cuma bayar RM298,263.75 duit rakyat Pulau Pinang tu bro.
Cuba ampa tolak tengok diskaun saja RM358,954.25 !!
Hmm teringat kes Khir Toyo , isunya lebih kurang lagu nilah..pembelian rumah kediaman yang harganya di katakan jauh lebih murah dari harga jualan semasa lalu di siasat kerana ada kekhuatiran di sebabkan jawatan yang di sandangnya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang memungkinkan ada kira-kira di sebalik tabir.
MMI rasa dalam isu Mercedes Guan Eng ni pihak berwajib kena siasat juga , mana tau di sebabkan Guan Eng ketua menteri maka syarikat jualan tu ada kira-kira belakang ka apa ka !
Kalau semua ok tak ada hal macam yang MMI kata di awal tadilah nak pakai lori balak sekalipun pakailah cuma ada timbul syak tu yang kita minta siasat.
Syarikat jualan tu pun buatlah pengakuan sewajarnya sebab apa jual murah ? Kenapa diskaun sampai banyak tu ?
MMI bukan apa bimbang kalau-kalau ada cerita lain maklumlah yang di gunakan tu duit rakyat Pulau Pinang !!
MMI

Steady bro lebih perincian jumlah diskaun sebenar sbyk RM358,954.25 - banyak ni, kalau aku nak beli dapat diskaun banyak ni tak. hahahaha... tak was2 ke urusan jual beli ni. Minta wakil pemimpin UMNO Penang tampil buat laporan desak SPRM siasat. Siasat je pun bukan apa...
ReplyDelete